Euforia Bola 2026
Drama By: Padin April 19, 2023 @ 10:30am

Berhibur Dengan Seleksi Rancangan Menarik Raya Ini!

Pada musim perayaan ini, pasti ada yang akan ‘berkampung’ di hadapan televisyen. Perebutan alat kawalan jauh bukanlah perkara yang asing.

Usah bergaduh lagi! TV3 bakal menyajikan pelbagai rancangan menarik yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga sempena bulan Aidilfitri ini. Antaranya adalah seperti berikut:

#1 Sampaikan Raya

Menjelang Syawal, tibanya masa untuk ‘Sampaikan Raya.’ Pada edisi tahun ini, Janna Nick dan Izzue Islam menggalas tugas sebagai hos bagi rancangan hiburan ini.

Segmen Cerita Raya memberi peluang untuk penonton memasang telinga bagi perbualan antara para artis tentang kisah persiapan Hari Raya mereka.

Hayatilah ucapan raya yang dikirimkan oleh mereka yang berada di perantauan menerusi Segmen Seindah Kasih. ‘Sampaikan Raya’ juga menampilkan persembahan oleh artis dari generasi yang berbeza menerusi Segmen Yang Lama Dihargai, Yang Baharu Disayangi.

Artis jemputan termasuklah Ernie Zakri, Syamel, Kaka Azraff, Bella Astillah, Adira Suhaimi, Tomok, Rahmad Mega, Zamani dan Nabila Razali.

Tarikh Mula Siaran: 21 April 2023 pada jam 11 malam

#2 Melodi Raya

Sempena musim Aidilfitri, memang tidak sah jika tiada rumah terbuka. Rancangan ‘Melodi’ yang diminati ramai juga tidak terkecuali untuk menganjurkan ‘rumah terbuka’ mereka sendiri. Ain Edruce dan Haziq Hussni menerusi ‘Melodi’ bakal menjamu isi perbualan bersama artis jemputan yang menarik.

Persembahan lagu Raya oleh barisan artis generasi kini dan terdahulu juga bakal menyerikan suasana di set ‘Melodi’ bagi edisi khas ini. Antaranya adalah persembahan daripada Bella Astilah, Aliff Aziz, Zizan Razak, Zizi Kirana , Shila Amzah, Khair Bahar, Amir Masdi dan ramai lagi.

Tarikh Mula Siaran: 23 April 2023 bagi episod pertama & 30 April 2023 bagi episod kedua pada jam 12.30 tengah hari

#3 Famili Duo Raya

Rancangan realiti popular ini kembali dengan pendekatan yang berbeza sempena musim perayaan Aidilfitri ini. Kali ini, lapan pasangan artis bakal mempersembahkan lagu raya dengan kreativiti mereka sendiri. Antara duo yang terlibat adalah Ayda dan Fyna Jebat, Siti Sairah dan Siti Saida serta Sissy Iman dan Naim Daniel.

Persembahan mantap yang ditampilkan dalam rancangan ini juga akan diselingi dengan sesi perbualan bersama artis dan ahli keluarga mereka. Mereka akan mengimbau kenangan Ramadan dan Syawal.

Tarikh Mula Siaran: 30 April 2023 pada jam 9 malam

Jangan terlepas untuk menyaksikan edisi khas rancangan hiburan kegemaran anda sempena musim Raya ini hanya di TV3.

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 9 Aug 2023

Janna Nick & Dini Schatzmann Kongsi Cabaran Berlakon Bersama Dalam ‘Cik PA Tuan Ash’

Kedua mempelai ini mengekalkan profesionalism walau berlakon bersama.

Drama Mon, 13 Mar 2023
Drama Fri, 24 Oct 2025

Adam Lee Tersentak Bertemu ‘Ayah’ Di Sarang Pelacuran Dalam ‘Bintang Di Langit Syawal’

‘Bintang Di Langit Syawal’ sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, konflik keluarga dan pencarian identiti diri.

Drama Tue, 23 Jun 2026

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Drama Tue, 26 Sep 2023
Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

error: Content is protected !!