Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 6, 2023 @ 3:20pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Obsesi Dia’

Tragedi silam bukanlah memori yang senang dipadam dari minda. Namun, ia lebih menakutkan apabila akibat daripada kejadian itu terus menghantui hidup.

Drama terbaharu Samarinda yang berjudul ‘Obsesi Dia’ menyoroti kisah Affiyah (lakonan Sophia Al Barakbah). Pada suatu malam yang sepatutnya menjadi detik terindah, sebuah tragedi telah berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Dia telah menjadi saksi bagi sebuah kes pembunuhan. Namun, setiap kali dia ingin berbicara, kelibat pembunuh psiko (lakonan Zahiril Adzim) itu akan muncul di hadapan matanya.

Namun, nyawanya tidak dikorbankan kerana pembunuh psiko itu masih ingin terus ‘bermain’ dengan Affiyah. Pembunuh itu telah memesan kepadanya agar mengunci mulut tentang kejadian itu. Sekiranya Affiyah ingkar, seorang demi seorang ahli keluarganya bakal menjadi mangsa. Affiyah diburu sehingga ke hujung nyawa.

Dalam sekelip mata sahaja, hidupnya berubah. Seorang demi seorang yang disayanginya terkorban. Ibunya yang disangka telah meninggal dalam kemalangan sebenarnya menjadi mangsa si pembunuh psiko. Kehadiran kekasih lama Affiyah yang bernama Zacky (lakonan Zaki Azeman) telah sedikit sebanyak mengubat luka di jiwanya.

Namun, dia masih tidak selamat. Dirinya masih diburu. Dia dan orang di sekelilingnya diperhati dan diancam. Kali ini, Affiyah lebih kental untuk berhadapan dengan permainan si pembunuh psiko bersama Zacky di sampingnya.

Cerita Apa? ‘Obsesi Dia’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 25 Mar 2023
Drama Thu, 9 Apr 2026

Adam Lee Bawa Watak Dua Identiti Demi Anak Dalam ‘Bayangan Lelaki Sempurna’

Bermula malam ini di slot Akasia, Bayangan Lelaki Sempurna tampil dengan kisah menyentuh hati mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

Drama Wed, 13 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending, Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral, & Inai Neelofa Banyak Pantang Larang?

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alamak betul ke inai Neelofa ni tak cantik? Siti Nurhaliza dakwa pernah bertemu Lailatul Qadar? 🥲🥺Min setuju drama Risik Pada Hati ni sangat meruntun jiwa 😭😭

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Drama Tue, 22 Jul 2025
Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Drama Sat, 30 May 2026

Rosyam Nor, Rita Rudaini, Sophia Albarakbah Bergabung! Kuasa, Wanita & Obsesi Jadi Taruhan ‘Jiwa Seorang Pentaksub’

Jiwa Seorang Pentaksub bakal menemui penonton bermula 1 Jun 2026 di slot Samarinda TV3.

error: Content is protected !!