Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 22, 2025 @ 4:13pm

Erma Fatima Tak Rancang Nak Sambung Keluarga Itu – “Nanti Nampak Macam ‘Fake’ & Dipaksa”

Pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima, tidak bercadang untuk menerbitkan kesinambungan bagi drama popular Keluarga Itu.

Menurut Erma, menghasilkan sekuel bagi drama yang sudah mencapai impak besar bukanlah satu perkara mudah.

“Sebagai penulis dan penerbit Keluarga Itu, saya lebih cenderung untuk menghentikan sesebuah karya selepas ia mencapai kemuncak penceritaan.

“Setakat ini saya memang tiada niat nak sambung. Saya memang bukan jenis yang suka paksa diri buat sambungan drama, sebab bila cerita itu dah penuh dengan konflik, susah nak cipta konflik baru yang setanding,” katanya.

Jelas Erma, sekiranya kesinambungan itu dibuat secara tergesa-gesa, ia berisiko merosakkan kekuatan penceritaan asal.

“Bila sambungan dibuat tanpa konflik yang cukup kuat, cerita akan jadi lemah dan kelihatan dibuat-buat. Pada saya, drama pertama sudah cukup dengan pelbagai klimaks, kalau nak sambung, klimaks apa lagi yang nak dibawa? Nanti nampak macam ‘fake’, dipaksa dan tidak jujur,” katanya lagi.

Pemenang dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu turut menekankan keputusannya tidak dipengaruhi soal pulangan wang.

“Bagi saya, kalau niat sambung hanya semata-mata untuk kerja dan duit, saya tak akan buat. Kalau musim pertama dah bagus, tapi musim kedua gagal capai standard yang sama, itu hanya membuang masa.

“Kalau nak buat juga, cerita kedua mesti lebih kuat. Kalau rasa tak mampu tandingi, lebih baik berhenti setakat itu,” ujarnya.

Untuk makluman, Keluarga Itu yang bersiaran di slot Lestary TV3 mencetuskan fenomena tersendiri apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Antara pelakon utama dalam drama tersebut termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

沸腾了!全场歌迷与Sean Kingston高唱《Beautiful Girls》

「流行小天王」Sean Kingston 现身大马舞台!纵使11点20分才出场,可是现场歌迷却是越夜越high,跟著Sean Kingston高声大唱大跳,现场气氛嗨翻天!

Featured Fri, 10 Oct 2025
Featured Thu, 16 Oct 2025

Mimpi Makkah 2 Hari Berturut-Turut, Aisha Retno Mohon Diberikan Rezeki & Kesihatan Yang Baik – “Moga Ini Adalah Petanda”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno mencuri perhatian selepas memaklumkan dia mengalami mimpi yang sama selama dua hari berturut-turut.

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

Amira Othman dijangka bersalin pada penghujung bulan enam atau awal bulan tujuh

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

error: Content is protected !!