Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 17, 2021 @ 3:47pm

Lagu Duet Jadi OST Samarinda ‘Takdir Yang Tertulis’, Kaka Azraff & Jaz Serlah Sisi Berbeza Dalam Karma

Menggabungkan dua penyanyi Malaysia dan Indonesia, Kaka Azraff dan Jaz, semestinya memberi aura berbeza untuk lagu duet baharu mereka berjudul Karma.

Dicipta komposer hebat Farouk Roman dan lirik yang ditulis oleh pemenang rookie Vokal Mania, Aisha Retno, ia memberi lebih magis kepada karya berentak balada ini.

Apa yang pasti, lagu ini membawa angin baharu dalam profil nyanyian Kaka dan Jaz.

Masakan tidak, mereka sendiri sudah selesa dengan genre masing-masing yang menjadi identiti dalam setiap lagu mereka.

Bagaimanapun, ternyata lagu itu berjaya meyakinkan keduanya untuk mencabar kebolehan nyanyian mereka.

Berkongsi mengenai pembabitannya, Kaka mengakui keindahan lagu Karma menjadi penyebab utamanya untuk bersetuju dengan projek terbabit.

Meskipun rakaman bersama Jaz dibuat berasingan, menurutnya hal itu tidak menjadi penghalang.

Apa yang penting, dia bersyukur apabila dapat menunjukkan sisi berbeza dalam nyanyiannya.

“Paling meyakinkan saya adalah melodi serta susunan muzik itu sendiri memang sedap. Saya rasa ia sebuah lagu balada dan runut bunyi yang sangat berkualiti.

“Sebenarnya saya tidak berjumpa dan berhubung dengan Jaz. Kami merakamkan lagu ini secara berasingan memandangkan keadaan pandemik sekarang dan Jaz terima audio yang sudah ada rakaman vokal saya.

“Karma sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan nyanyikan lagu sebegini. Bagaimanapun, saya sangat gembira dengan keputusan menyanyikannya.

“Sebenarnya. ia menunjukkan sebuah sisi lain Kaka Azraff kerana ini lagu balada pertama yang benar-benar menunjukkan vokal saya yang dibantu oleh Afif Tirmizie selaku pengarah vokal saya yang memudahkan nyanyian saya,” katanya.

Bagi penyanyi kelahiran Brunei, Jaz yang bertapak di Indonesia sekarang pula, dia tidak menafikan sangat berbesar hati apabila diberi peluang terbabit dalam projek ini.

Apatah lagi, digandingkan pula dengan Kaka yang sememangnya sudah cukup kukuh namanya di persada muzik tempatan.

“Saya sangat berterima kasih dengan peluang diberikan Sony Music Malaysia untuk berduet dengan penyanyi Malaysia, Kaka.

“Ia satu penghormatan yang sangat bermakna buat saya terbabit dalam projek ini kerana ia jauh berbeza dengan projek lain pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya.

Sebagaimana Kaka, Jaz juga menganggap projek ini menjadi satu lagi transisi penting dalam karier nyanyiannya.

Sudah terbiasa dengan genre ringan dalam karyanya selama ini, lagu Karma jelas memberi suapan baharu buat konteks nyanyiannya.

Apapun, dia tidak menafikan rakaman lagu ini ada cabarannya tersendiri sewaktu melunaskannya.

“Kebiasaan lagu saya adalah yang berentak santai dan riang. Namun, menerusi lagu ini, saya benar-benar melakukan sesuatu yang di luar genre sendiri.

“Bahagian paling susah adalah harmoni antara nyanyian kami berdua. Terima kasih pengarah vokal saya, Danish yang banyak membantu melancarkan nyanyian saya.

“Tentunya memang sangat mencabar buat saya. Ia sebuah lagu balada yang perlu penjiwaan berat di mana saya sendiri secara peribadi lebih terbiasa dengan melodi riang.

“Alhamdulillah, saya sudah mendengar hasilnya dan sangat berpuas-hati. Mudah-mudahan lagu ini bakal diterima baik pendengar di Malaysia,” katanya.

Lagu Karma ini juga merupakan lagu tema untuk drama Takdir Yang Tertulis arahan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin.

Drama dibintangi Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong itu bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula pada 21 Januari 2021.

Karma boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Mar 2025

“Saya Tidak Buat Lagu Hanya Untuk Jadi Fenomena” – Alyph

“Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan” – Alyph

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Mon, 10 Nov 2025

Siti Nordiana Tampil Muzik Irama Malaysia, Impian Selama 2 Tahun Tercapai – “Single ‘Ahai’ Memang Jiwa Saya”

Penyanyi popular Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, kembali mencuri perhatian peminat menerusi single terbaharunya berjudul ‘Ahai’.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Tue, 18 Apr 2023
Trending Sun, 10 Jun 2018

Cef Selebriti Anthony Bourdain Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri

Menurut laporan CNN, Bourdain, 61 tahun ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis, pada Jumaat.

Featured Wed, 10 Nov 2021

Video Nyanyian Lagu Easy On Me Aina Abdul Tarik Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul bersyukur dapat menarik perhatian penyanyi terkemuka Adele walaupun video nyanyian lagu Easy On Me hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam di Instagram Story. Memetik laporan Berita Harian, Aina telah berkongsi video nyanyian […]

Featured Mon, 6 Oct 2025

Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l

Ardell dan Haikal kini menerima rawatan disebuah hospital di Istanbul.

error: Content is protected !!