Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2024 @ 8:02pm

“Memang Best Cerita Ni” – Peminat Teruja Lihat Aksi Lakonan Chubb-E Dalam ‘Dara & The Gang’

Peminat teruja melihat aksi pelakon dan penyanyi Chubb-E membawakan watak Rizal dalam siri terbaharu Tonton Eksklusif, Dara & The Gang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♦ CHUBB-E JMG ♦ (@donutfingerlicking)

Menerusi perkongsian di Instagram Chubb-E, rata-rata peminat memberi sokongan terhadap drama bersiri berkenaan dan gembira melihat lakonan bintang kesayangan mereka.

Dalam siri Tonton Eksklusif, Dara & The Gang, Chubb-E menjayakan karakter Rizal, seorang posmen yang kacak.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Menurut Shasha Abedul yang memegang watak Dara, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah.

“Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya boleh ke Shasha Abedul ni bawakan watak lain?

“Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok saya sebagai Dara Gangster nanti,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Jul 2024

“Bagi Saya Rugi Kalau Tak Nak Anak”- Hazama Selar Pasangan Memegang Prinsip ‘Childfree’

setuju dengan Hazama, anak itu akan pengikat kasih-sayang dalam rumah tangga

Events Fri, 23 Nov 2018

鍾瑾桦再战舞曲!12月发全新马来单曲

刚从越南返马的鍾瑾桦,目前正筹备第二首马来单曲;他预告新歌将尝试舞曲风格的路线,预计将在下个月发行。

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
Featured Fri, 1 Jun 2018

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Hosiani sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut mengambil alih gelaran berprestij itu.

Hiburan Fri, 5 Apr 2024
Featured Thu, 5 Jan 2023

[VIDEO] Adira Suhaimi Tebang Rumput Lepas Kena Perli Netizen – “Sejak Bila Jadi Pelawak Pula Ni?”

Wowww! Ahahahaha terus dia potong rumput 🤣 Netizen ni punnn, biaq p la rumah dia 🤣

Events Fri, 18 May 2018

Siapa Pelanggan Mengamuk Di Kedai Sajat?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Selepas sahaja wanita tersebut dan keluarganya meminta maaf kepada Sajat, beliau serta-merta membatalkan kes tersebut dan memaklumkan peguam beliau

error: Content is protected !!