Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 15, 2022 @ 11:56am

3 Drama Terbaharu Untuk Menemani Anda Sepanjang Bulan Disember Ini

Ketibaan bulan Disember ini bermakna kita sudah sampai ke penghujung tahun. Namun, bulan ini juga membawa permulaan yang baharu bagi beberapa siri televisyen yang menarik.

Berikut adalah antara siri terbaharu yang akan mula menemui anda di kaca TV pada bulan Disember ini:

#1 ‘Chinta Arjuna’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Barisan Pelakon: Riena Diana, Fadlan Hazim
Tarikh Mula Siaran: 13 Disember 2022, 6 petang
Tonton di: TV3

Dek kesibukan menguruskan perniagaan peninggalan arwah ayahnya, Arjuna (dilakonkan oleh Fadlan Hazim) tidak mempunyai masa untuk mencari teman wanita. Malah, dia juga langsung tidak tahu bagaimana untuk memikat wanita sehingga berita tersebar di internet kononnya Arjuna adalah seorang lelaki yang tidak sukakan perempuan.

Chinta (dilakonkan oleh Riena Diana) merupakan pelajar tahun akhir di kolej. Dia berpegang teguh kepada prinsip menunggu cinta sejati dan tidak mudah untuk jatuh cinta sehingga berjumpa dengan yang ikhlas dan jujur untuk menawan hatinya. Prinsipnya telah menamatkan hubungannya dengan kekasihnya.

Desakan hidup memaksa Chinta untuk menerima kontrak yang ditawarkan oleh Nenda Arjuna yang mahu Chinta mengahwini Arjuna untuk mencari pasangan hidup buat cucunya. Saksikan liku-liku hubungan pasangan yang tidak diduga ini.

#2 ‘Hati Tanpa Rasa’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Barisan Pelakon: Redza Rosli, Scha Ellinea
Tarikh Mula Siaran: 13 Disember 2022, 10 malam
Tonton di: TV3

Nur Kaisara (dilakonkan oleh Scha Ellinea) adalah seorang gadis yang terlalu mengutamakan penampilan dan kecantikan. Dia sanggup mengorbankan gaji yang tak seberapa demi gaya. Perangainya yang ‘poyo’ juga tidak begitu disenangi ramai.

Naufal Nidham (dilakonkan oleh Redza Rosli) atau lebih mesra disapa sebagai NID merupakan seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya. NID merupakan dari keluarga yang berada tetapi rendah diri.

Nur Kaisara telah menerima tawaran bekerja di syarikat NID. Namun, ia bukanlah untuk jawatan yang disangka. Dinamik hubungan mereka membawa kepada kemuncak yang tidak dijangka.

#3 ‘Budak Tebing 3’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Barisan Pelakon: Aedy Ashraf, Nabil Aqil, Adam Lee, Eyka Farhana, Nia Atasha, Izz Ilham, Firdaus Ghufran, Nelissa Nizam
Tarikh Mula Siaran: 14 Disember 2022, 9 malam
Tonton di: TV3

Budak Tebing 3 memperlihatkan pelbagai cabaran dek rasa dendam serta perkembangan personaliti dan hubungan watak-watak siri ini. Jalan cerita yang tidak diduga akan melanda.

Selain itu, kemunculan watak Kylo (dilakonkan oleh Nabil Aqil) yang mengaku bahawa dirinya adalah adik tiri kepada Tongki juga membuka bab baharu dalam situasi di Tebing. Kylo lalu cuba menyatukan semula budak-budak Tebing namun keadaan itu disalah tafsir pula oleh Arif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Dikutuk Kerana Tinggal Anak, Datin Vivy Tak Mudah Melatah

Kena belajar ambil ‘chill pill’…

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Featured Thu, 4 Nov 2021
Featured Tue, 18 Nov 2025

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Mon, 30 Jun 2025

Universal Music Malaysia Umum Kerjasama Strategik Dengan Faithful Music

Universal Music Malaysia umum ambil alih Faithful Music Malaysia.

error: Content is protected !!