Euforia Bola 2026
Drama By: Padin March 15, 2024 @ 10:02am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Wanita Syurga’

Apabila ikatan cinta membawa kepada jinjang pelamin, pastinya harapan agar hubungan tersebut berkekalan menebal. Namun, bukan semua orang bertuah untuk merasai nikmat tersebut. Siri terbaharu slot Akasia yang berjudul ‘Wanita Syurga’ memperlihat cabaran ini.


Ardini (lakonan Siti Khadijah) adalah isteri kepada Ammar (lakonan Redza Rosli) dan ibu kepada Wana dan Muqrie. Dia kini adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dia telah sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai seorang pereka dalaman demi memberi tumpuan tidak berbelah bagi terhadap keluarganya yang tersayang.

Kebahagiaan Ardini telah terganggu dengan kemunculan orang ketiga bernama Farah (lakonan Riena Diana). Amar dan Farah telah berkahwin di luar negara secara rahsia. Sejak itu, semuanya berubah. Amar sering berlaku tidak adil terhadap Ardini dan anak-anaknya. Malah, dia juga banyak melebihkan Farah kerana isteri baharunya itu berketerampilan lebih menarik dan bekerjaya.

Kekuatan Ardini dipacu ibu mertuanya, Puan Aleeza (lakonan Marissa Yasmin). Puan Aleeza sering memberi sokongan kepada Ardini dan anak-anaknya. Walau bagaimanapun, setiap orang pasti ada had kesabarannya. Ardini akhirnya nekad untuk menuntut cerai kerana diabaikan oleh suaminya itu.

Namun, proses tersebut bukanlah mudah. Dia juga perlu berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak.

Mampukah Ardini bangkit untuk menghadapi segala cabaran yang menimpa dirinya?

Cerita Apa? ‘Wanita Syurga’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD melalui Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 21 Nov 2023

Di Sebalik Watak: ‘ILYS’

Comel je cerita ikan keli Ezzanie Jasny!

Drama Thu, 30 Nov 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kami Orang KL’

Kehidupan di KL ada bezanya.

Drama Fri, 20 Jan 2023
Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Drama Wed, 5 Feb 2025

[VIDEO] Ayah Abdul Sertai Geng ‘Old Money’, Sebar Ajaran Sesat? – “Nak Cari Isteri Nombor 5 Ke?”

Ayah Abdul sertai geng old money, drama Langit Ke Tujuh sebar ajaran sesat

Drama Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!