Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin August 18, 2022 @ 5:09pm

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling menjawab status hubungan bersama rakan pelakon, Meerqeen baru-baru ini.

Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia dan Meerqeen sudah lama mempunyai hubungan yang baik walaupun drama tersebut sudah lama habis menjalani penggambaran.

Malah, keserasian itu dapat dilihat penonton apabila kedua-dua mereka terlibat dalam drama yang sama sekaligus menimbulkan kontroversi yang mengatakan mereka kini menjalinkan hubungan cinta.

“Sebenarnya sebelum drama tersebut, kami sudah pernah berkerjasama jadi chemistry sudah ada. Bila chemistry sudah ada, nampak keserasian tu lebih menjadi walaupun drama tersebut sudah habis ditayangkan,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemu bual menerusi sebuah program hiburan popular di Indonesia, Insertlive yang diadakan di Studio Trans TV, Jakarta Selatan.

Tambahnya lagi, dia kini dalam usaha untuk menjaga hubungan baiknya bersama Meerqeen.

@annajobling better together 💜 #fyp #meluruntukfirdaus ♬ I WAS NEVER THERE. – viana ★

 

Ketika ditanya mengenai peluang untuk meluaskan kerjayanya di Indonesia, Anna sama sekali tidak menolak.

Baginya, dia sudah bersedia untuk menetap di sana sebagai persediaan dalam merangka kerjaya seninya.

“Kalau dapat tawaran berlakon di Indonesia, saya memang nak. Saya menunggu tawaran itu. Mungkin boleh mula dengan platform ‘over the top’ (OTT), filem dan barulah sinetron atau drama. Apa saja, saya okay dan suka untuk lakukan.

“Untuk menetap di sini (Indonesia) pula, kalau ada perancangan yang rapi dan kita bincang dulu mengenai apa yang kita nak buat. Tak kisah nak ‘base’ di sini dan berapa lama,” jelasnya.

 

 

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Tue, 13 Jan 2026
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

《双世宠妃2》与《千年来说对不起》演员来马宣传

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》中国演员和《千年来说对不起》新加坡演员将来马宣传,与剧迷粉丝们一起同欢共乐!

Hiburan Tue, 20 Nov 2018
Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Kalau Bella dan Rosix dah start gelak dengan min -min sekali gelak dinosour🤣🤣🤣

Trending Sun, 28 Aug 2022

Didakwa Bercinta Dengan Selebriti Wanita? Ini Jawapan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, nama Sufian Suhaimi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas pengacara dan usahawan, Neelofa, ‘mengusik’ penyanyi itu seolah-olah dia kini sudah mempunyai pasangan. Namun, memetik laporan Harian Metro, penyanyi […]

Drama Mon, 29 May 2023
Selebriti Sun, 3 Sep 2023
error: Content is protected !!