Euforia Bola 2026
Drama By: Padin November 30, 2023 @ 10:39am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kami Orang KL’

Berhijrah ke tempat baharu bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang menanti. Situasi ini diketengahkan dalam siri Lestary terbaharu yang berjudul ‘Kami Orang KL.’

Setelah dipecat, Mahmood nekad untuk pulang semula ke kampung halaman. Dia berhasrat untuk memulakan perusahaan ikan keli dengan wang simpanan dan tanah yang merupakan harta peninggalan arwah bapanya. Mahmood telah meminta agar kakaknya, Rafeah, untuk menetap di rumahnya sementara dia menguruskan tugasannya di kampung.

Permintaan ini telah menggembirakan Rafeah sekeluarga. Peluang untuk menetap di bandaraya Kuala Lumpur amat mengujakan, terutamanya bagi anak-anaknya, Hassan dan Kamsiah.

Namun, kegembiraan mereka itu tidak dikongsi dengan penduduk kejiranan di Kuala Lumpur. Malah, kehadiran mereka tidak disenangi. Keluarga Rafeah telah membangkitkan suasana huru-hara di kawasan kejiranan tersebut kerana ada sahaja kegiatan yang dilakukan oleh para penduduk di situ tidak kena di mata mereka.

Bagaimanakah keriuhan tercetus dan berapa lama lagi Rafeah dan keluarganya akan menjadi ‘Orang KL’?

Cerita Apa? ‘Kami Orang KL’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 6 Apr 2023

Di Sebalik Watak: Aya Amiruddin Sebagai ‘Pontianak 100KG’

Kata Aya, gelak tawanya dipanggil ‘virus’!

Drama Fri, 16 Oct 2020
Drama Thu, 9 Apr 2026

Dorm 403 Tampil Bongkar Sisi Gelap Sekolah Asrama, Muaz Zabir Bawa Watak Penuh Trauma

Dorm 403 bersiaran selama 13 episod akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Drama Wed, 17 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Menanti Senja’

Perpisahan yang mengguris hati.

Drama Tue, 16 May 2023
Drama Fri, 3 Mar 2023
error: Content is protected !!