Euforia Bola 2026
Drama By: Padin January 17, 2024 @ 10:48am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Menanti Senja’

Rasa benci mampu mendorong manusia untuk menganiaya mereka yang tidak bersalah sehingga menghancurkan kebahagiaan hidup. Perkara ini diketengahkan dalam drama slot Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Menanti Senja.’

Watak utama dalam siri ini adalah Syukri (lakonan Johan As’ari). Dia merupakan seorang individu yang hidup bersederhana. Baginya, dia telah mengecapi kebahagiaan setelah berkahwin dengan Sarah (lakonan Trisha Ooi). Lebih manis lagi, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Suhana. Namun, di sebalik nikmat ini, ikatan perkahwinan pasangan ini tidak direstui oleh bapa Sarah, Kamal (lakonan Faizal Hussein).

Kamal telah mengarah Syukri agar bekerja di kilangnya. Langkah ini sebenarnua bertujuan untuk membuli Syukri. Kehidupan Syukri di tempat kerja tidak menggembirakan. Malang baginya, dia telah terperangkap dan dijadikan kambing hitam untuk sebuah kes pecah amanah. Akibatnya, dia telah dipenjarakan.

Situasi ini memberi tekanan kepada Sarah. Kamal pula telah mengambil kesempatan ini untuk meracuni fikiran anak perempuannya. Di lubuk hatinya, Sarah masih ragu-ragu bahawa Syukri sanggup melakukan kesalahan ini. Sarah dan Suhana dibawa untuk tinggal bersama Kamal. Mereka juga tidak dibenarkan melawat Syukri di penjara.

Ibu Syukri percaya bahawa anaknya tidak bersalah. Dia telah berjuang bermati-matian untuk membuktikan hal ini. Apakah kesudahan nasib Syukri?

Cerita Apa? ‘Menanti Senja’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 dan strim sekarang melalui Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 19 Jan 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bawah Blok’

Kisah lima sekawan yang ada ‘port’ tersendiri.

Drama Wed, 6 May 2026

“Penyondol Berkelas! Hanya Sarimah Ibrahim Boleh Hidupkan Watak ‘Wanita Simpanan’ Dengan Cara Berbeza” – Shuhaimi Lua

Watak Eva lakonan Sarimah Ibrahim dalam Bila Cinta Menjadi Dosa paling mencuri perhatian sejak drama itu ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Drama Wed, 17 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan yang berlaku telah mengubah identiti.

Drama Tue, 23 May 2023
Drama Thu, 13 Jul 2023
Drama Thu, 9 Apr 2026

Adam Lee Bawa Watak Dua Identiti Demi Anak Dalam ‘Bayangan Lelaki Sempurna’

Bermula malam ini di slot Akasia, Bayangan Lelaki Sempurna tampil dengan kisah menyentuh hati mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

error: Content is protected !!