Euforia Bola 2026
Drama By: Padin January 20, 2023 @ 4:17pm

Tampilkan Bintang Baharu, Kenali Barisan Pelakon Utama ‘Bawah Blok’

Drama slot Lestary yang berjudul ‘Bawah Blok’ menampilkan nama-nama segar yang memainkan watak utama lima sekawan.

Walaupun siri ini sudah hampir ke penghujungnya, mungkin masih ada yang tertanya-tanya tentang personaliti sebenar barisan pelakon ini.

Kenali Mereka

#1 Ahmad Adly Sofwan

Ahmad Adly Sofwan merupakan seorang pelakon muda yang berpengalaman. Sebelum memainkan watak Zain dalam siri ‘Bawah Blok,’ jejaka berusia 23 tahun ini telah memainkan watak Boy menerusi drama ‘Tahyul.’ Dia juga telah memegang watak Nikman dalam filem ‘Dendam Penunggu’ yang disiarkan di Tonton.

Adly juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Bintang berzodiak gemini ini merupakan salah seorang peserta Lagu Cinta Kita 2 yang telah berlangsung pada tahun 2021. Adly telah berjaya meraih tempat ke-5 dalam pertandingan tersebut.

IG: instagram.com/ahmad.adly

#2 Amelia Christie

Apabila dia tidak sibuk di set penggambaran, Amelia Christie mungkin sibuk memasak di dapur. Memasak merupakan salah satu hobinya. Jika bukan di dapur, mungkin juga dia sibuk meluangkan masa dengan kucingnya yang bernama Simba. Pelakon watak Natrah dalam siri ‘Bawah Blok’ ini sememangnya seorang pencinta kucing. Amelia juga merupakan peminat Billie Eillish.

Bintang berusia 23 tahun ini juga bakal membuat penampilan sebagai watak utama dalam drama TV3 yang akan datang yang berjudul ‘Alice Kampung Baru.’

IG: instagram.com/ameliachristie___

#3 Harissa Adlynn

Harissa Adlyn telah membintangi beberapa drama lain sebelum membuat kemunculan sebagai Alana dalam siri ‘Bawah Blok.’ Namun, dia bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan.

Harissa juga merupakan seorang penggiat aktif dalam bidang muzik sebagai seorang penyanyi dan komposer. Harissa telah mula menyanyi dan mencipta lagunya sendiri sejak usia 9 tahun. Video muzik bagi single pertamanya yang berjudul ‘Aku Sayang Kamu’ telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di YouTube.

Si jelita ini juga memiliki otak yang geliga. Harissa pernah menjadi salah seorang daripada lima pelajar terbaik di sekolahnya.

IG: instagram.com/harissaadlynnhalim

#4 Preti Kaur

Preti Kaur memainkan watak Devi dalam rancangan ‘Bawah Blok.’ Dia telah mula menempa nama setelah menjadi salah seorang finalis bagi program anjuran MolekFM. Gadis manis berusia 22 tahun ini juga fasih bertutur dalam loghat Terengganu. Dia juga telah dinobatkan sebagai Ikon Terengganu Keluarga Malaysia 2022.

Preti kini sedang menyambung pelajarannya dalam jurusan Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia.

IG: instagram.com/preti_gill01

#5 Faiz Izzat

Watak Kamil dalam siri ‘Bawah Blok’ bukanlah watak pertama yang dimainkan oleh Faiz Izzat. Dia juga berpengalaman berlakon dalam drama Lestary yang berjudul ‘Sentuhan Najwa’. Selain bidang lakonan, Faiz Izzat turut terlibat dalam dunia peragaan sebagai seorang model. Jejaka berusia 29 tahun ini mempunyai ketinggian lebih daripada 180 cm.

Faiz Izzat juga mempunyai personaliti yang riang dan suka berjenaka. 

IG: instagram.com/faizizzatfuad

Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan lima pelakon berbakat ini dalam ‘Bawah Blok’ yang bersiaran pada jam 9 malam setiap Rabu hingga Sabtu hanya di TV3. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 6 Jul 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Obsesi Dia’

Apabila kisah silam terus menghantui kehidupan…

Drama Mon, 23 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua

Bukan calang-calang orang mampu menjadi guru.

Drama Fri, 19 May 2023
Drama Thu, 21 Dec 2023

5 Bakal Hero Malaya Ini Memantapkan Siri ‘Alice Kampung Baru’

Kenali muka-muka yang memainkan peranan dalam siri ini

Drama Tue, 12 Dec 2023

Tiada Ayah Di Sisi, Kasih Sayang Ibu Tiada Galang Ganti! Kuatkah Alice Bina Hidup Baru Di Kampung Baru?

Jom layan Alice Kampung Baru setiap Isnin hingga Khamis di Tonton!

Drama Fri, 31 Jan 2025
Drama Thu, 15 Jun 2023

Kenali Watak-Watak Utama Yang Menceriakan ‘Diva Seroja’

Setiap watak mempunyai kisah mereka tersendiri.

Drama Thu, 18 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bunga, Aku Tunggu’

Obsesi bukanlah perkara yang sihat.

Drama Thu, 8 Jun 2023
error: Content is protected !!