Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2022 @ 4:29pm

Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

Kehilangan penyanyi hebat Allahyarhamah Siti Sarah sememangnya sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Malah, sehingga kini nama Sarah kuat terpahat di hati suami dan juga peminatnya meski jasad tidak dikandung badan.

Baru-baru ini, suami Sarah, pelawak Shuib mendedikasikan koleksi lagu-lagu hits isterinya dalam satu program hiburan yang ditayangkan sempena meraikan sambutan Hari Raya.

Dalam rancangan terbabit, penyanyi terkenal, Siti Nordiana turut menjadi tetamu undangan dan mengadakan persembahan dengan menyanyikan lagu arwah Sarah berjudul ‘Bersamamu’.

Bukan itu sahaja, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana turut berduet dengan Shuib menerusi lagu popular Indonesia berjudul ‘Jangan Ada Dusta Di Antara Kita’.

Malah, video persembahan nyanyian duet Nana dan Shuib turut tular di ruangan media sosial TikTok di mana rata-rata netizen ‘menjodohkan’ mereka berdua yang dikatakan tampak sangat sesuai dan sepadan bersama.

@mizzamy88

#shuibnana

♬ AKU MASIH MEMIKIRKANMU – KEZIA

Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang memuji mereka berdua dan mendoakan agar suatu hari nanti mereka berjodoh.

Sebuah video lain yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok memaparkan Shuib mengakui mahu mendengar penyanyi bersuara lunak merdu, Nana untuk menyanyikan lagu arwah isteri tercintanya.

“Nana, saya nak duduk jadi penonton. Saya nak dengar lagu Siti Sarah dinyanyikan oleh Siti Nordiana,” ujar Shuib.

@mizzamy88

Reply to @nurani650l #nanashuibfan power juga ayat2 shuib,buat nana mcm nervous n malu2 gitu.. 😊semua setuju n restu gitu hehe🥰 #editsuka2

♬ AKU MASIH MEMIKIRKANMU – KEZIA

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia sembilan bulan.

Nana pula pernah mendirikan rumah tangga pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercerai pada September 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Mon, 16 Jul 2018

Saksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat Ke-14 Hari Ini

Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14

Featured Fri, 11 Aug 2023
Trending Fri, 19 Feb 2021

Selepas Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Jamal Abdillah Pula

Tak sabar pula min nak dengar lagu ni mesti best!

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Tawaran Menyanyi Tak Macam Dulu, Zahid Cuba Buat Pelbagai Kerja

Dalam perkembangan lain, Zahid kini tampil sebagai penyanyi kumpulan Overall Band. Jangan putus semangat okay?

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Sat, 16 Mar 2019

‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Semoga Awi dan Atika, semoga kalian terus tabah dengan dugaan kali ini, kita doa yang baik-baik buat mereka.

Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Oh! Baru merisik rupanya… semoga kekal ke jinjang pelamin lah yer! Dua dua sama cantik sama padan!

Eat Travel Thu, 27 Dec 2018

Kalau Ke Jaipur India, Jangan Lupa Singgah Di 5 Lokasi Ini

Kota bersejarah Jaipur turut dikenali sebagai Pink City!

error: Content is protected !!