Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 14, 2022 @ 5:04am

Dulu Kerap Tayang Kekasih, Kini Ruhainies Ambil Langkah Berhati-Hati

Pelakon jelita Ruhainies mengambil langkah untuk tidak lagi mendedahkan kisah cintanya kepada orang ramai.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, mengakui dia teruja berkongsi kisah cintanya dengan kekasih yang dikenali dengan nama Mr. E suatu masa dahulu.

“Saya banyak belajar sebenarnya. Mungkin dahulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia merupakan cinta pertama saya.

“Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun begitu, semakin menginjak usia, semakin saya sedar, ada perkara yang perlu saya simpan.

“Kini saya lebih selesa berkongsi perihal kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Pelakon drama bersiri Sayang Tak Dikenang ini juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya soal jodoh.

“Saya tak mahu ulas mengenai kisah cinta dan jodoh. Biar saya dan keluarga sahaja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu.

“Apa yang saya boleh katakan, saya tak terikat dengan sesiapa. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik.

“Selagi saya belum berkahwin, selagi itu saya akan memberi fokus kepada kerjaya dan bisnes yang bakal saya ceburi selepas ini,” katanya.

Ruhainies ditemui di majlis rumah terbuka Jom Raya Setikar anjuran iQiyi di The Linc, Kuala Lumpur pada Khamis.

Di acara terbabit, iQiyi turut menjemput peminat bertuah mereka yang telah memenangi peraduan “Strim & Menang” untuk sama-sama bermesra dengan barisan selebriti seperti Datuk AC Mizal, Siti Saleha, Eyka Farhana, Alvin Wong, Nasz Sally, Scha Elinnea, Gambit Saifullah, Hisyam Hamid, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Ruhainies bakal membintangi siri original iQiyi, Sori Naik Lori bersama Nazim Othman dan karya bergenre komedi romantik itu bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Nov 2018

E-Cigarettes and Vapes are 95% Safer Than Cigarettes

So it’s actually better to move onto these electronic devices rather than smoke those old school sticks…

Trending Fri, 8 Jan 2021
Trending Wed, 20 Mar 2024

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Sokong Usaha Bebas Hutang Ramadan Ini

Melangsaikan hutang ni merupakan tanggungjawab kita sendiri. Lagi-lagi dalam bulan ramadan ni, tak best lah nak sambut bulan yang mulia dengan ada nya bebanan hutang kan? Sempena Ramadan tahun ini, apa kata kita cuba untuk […]

Hiburan Sun, 27 May 2018

Status Saya Single & Available – Puteri Aishah

Foto yang dimuat naik itu secara tidak langsung membuktikan tiada apa yang perlu kami sorokkan…Puteri juga memberitahu pengakuan ini adalah ikhlas dan tiada apa yang perlu disembunyikan.

Trending Tue, 8 May 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti, Brooklyn Kini Berpacaran Dengan Wanita Berusia

Patah tumbuh hilang berganti. Tidak berapa lama kembali dengan status single selepas  berpisah dengan aktres Chloe Moretz, ruang hati Brooklyn Beckham kembali terisi.

Hiburan Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!