Categories: Eat Travel

4 Lokasi Paling Awesome Untuk ‘Short Getaway’ Yang Wajib Anda Pergi

Bila kita dah penat dan bekerja dan otak pun dah tepu, pasti kita mahu pergi bercuti, kan? Yelah, bila pergi bercuti dapatlah kita release sikit tekanan di tempat kerja. 

Jadi, bagi anda yang sedang merancang percutian dan masih tidak tahu lagi nak pergi ke mana, jom semak 4 lokasi paling awesome yang boleh anda kunjungi. Yang pasti, semuanya dalam Malaysia saja!

1. Adeline Villa & Rest House, Gopeng, Perak

Di sini, anda bukan sahaja boleh menikmati keindahan semulajadi, tapi terdapat pelbagai aktiviti yang manarik boleh anda lakukan. Paling best ialah water rafting. Gempak, kan?

Alamat: 13302, Mukim Kampung Geruntum, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

Aktiviti: Water rafting, kayaking, jungle trekking

Harga: Bermula daripada RM150 sekepala (termasuk sarapan, makan tengahari dan makan malam)

2. Awanmulan, Kampung Jelebu, Seremban

Bagi anda yang suka view semulajadi bertemakan tumbuh-tumbuhan, lokasi ini wajib anda pilih! Ini kerana, terdapat 2 buah kolam renang yang berlatar belakangkan hutan menghijau dan juga matahari terbenam. Memang awesomelah!

Alamat: Kampung Jelebu, Seremban

Aktiviti: Swimming

Harga: Daripada RM400 untuk satu malam

3. Enderong Resort Tanarimba, Janda Baik, Pahang

Serius, tempat ini memang ‘baik’! Ini antara lokasi yang best kalau anda nak buat trip team building kerana ada Annex Hall untuk anda berkumpul beramai-ramai.

Anda boleh menghirup udara segar pagi di trail Sungai Enderong. Tetapi, kalau nak lebih adventure pun ada juga. Boleh refer terus ke pihak pengurusan Enderong Resort!

Alamat: Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Aktiviti: Memanah, jungle trekking

Harga: Bermula RM370 untuk satu malam (termasuk sarapan)

4. Farm Ville Cafe Homestay, Sekinchan Container Hotel, Selangor

Jika anda nak percutian yang bertemakan suasana kampung, inilah lokasinya! Dikelilingi sawah padi yang menghijau, anda pasti merasai ketenangan yang abadi. 

Lebih best lagi, semua bilik di sini terdiri daripada container. Selain itu, terdapat pelbagai restoran menarik dengan hanya 5 minit perjalanan saja.

Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Aktiviti: Kilang padi, melihat matahari terbenam di Pantai Redang, 3D Art Galeri, berbasikal

Harga: Bermula RM98 untuk satu malam

So, sila pilihlah lokasi yang kena dengan jiwa anda. Selamat bercuti!

Sumber: The Vocket

tex_admin