Categories: Eat Travel

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Anda pernah berkunjung ke Ipoh? Kalau pernah, anda pernah tak menginap di hotel 1969 Business Suite? Hotel ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri tau!

Biasanya, pemilik hotel akan mencari kelainan dari segi tema atau reka bentuk untuk menjadikan hotel mereka berbeza daripada hotel-hotel lain. Begitu juga dengan hotel di Ipoh ini, keunikan melekatkan sebanyak 53, 592 keping duit syiling 1 sen di dinding hotel telah menjadikan hotel tersebut lain daripada yang lain.

Foto: Worl of Buzz

Untuk pengetahuan anda, 1969 Business Suites ini telah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Record (MBOR) apabila menghasilkan duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Foto: OhHangat

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 1969 Business Suites, Datin Kelly Yang berkata, hotel itu dianugerahi sijil pengiktirafan MBOR oleh Lee Pooi Leng sempena pelancaran hotel pada 13 Jun lalu.

Foto: OhHangat

Dinding yang berukuran 5.73m x 2.62m dilekatkan dengan duit syiling 1 sen yang mengambil masa hampir dua minggu. Pihaknya menggunakan duit syiling 1 sen kerana syiling ini diperbuat daripada tembaga dan negara kita sudah menghentikan pengeluarannya.

Foto: Booking.com

Idea kreatif ini juga bertujuan mempamerkan legasi negara kepada generasi akan datang yang mungkin sudah tidak akan menjumpai syiling 1 sen ini lagi.

Jadi, pada anda yang berniat nak holiday ke Ipoh, bolehlah singgah ke hotel ini untuk lihat sendiri keunikan duit syiling 1 sen yang ditampal pada dinding. Memang awesome!

Sumber: Star Online

tex_admin