Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Apa saja gerak geri termasuklah percakapannya, pasti menjadi bualan.

Ini membuatkan Fathia sendiri hairan mengapa netizen gemar bercakap tentang dirinya walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kata pelakon berusia 30 tahun ini, dia turut berharap peminat tidak menganggap dirinya sama seperti dalam karakter lakonan yang ditonton di televisyen.

“Mereka tengok saya berlakon watak baik dan fikir saya sama seperti mereka tonton. Itu hanyalah karakter lakonan dan bukan diri saya yang sebenar,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Instagramnya.

Dalam masa sama, Fathia turut menjawab persoalan tentang eye bag (lebam di bawa mata) di mana ada netizen berpendapat dia mengambil barang terlarang.

“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni.

“Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!,” tegasnya.

 Pelakon drama Ariana Rose ini berkata jika diikutkan dia boleh saja melakukan pembedahan termasuk cucuk atau memakai mekap.

“ Tapi saya lebih selesa untuk tidak mengenakan sebarang solekan bagi menutup cela tersebut.

“Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah,” katanya.

Tambah Fathia, bukan dia seorang saja yang berdepan dengan masalah eye bag malah ramai lagi di luar sana berdepan masalah sama. Sabarlah ya Fathia!

 

SGMS Faida