Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Kalau semalam pelakon Siti Elizad Sharifuddin memohon doa para peminatnya agar pembedahan membuang cyst sebesar 8 cm iu berjalan dengan lancar, harini pelakon itu telahpun selamat menjalani pembedahan tersebut.

Siti Elizad, 34 sebenarnya telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst sebanyak dua kali dan pembedahan pertamanya itu telahpun dijalankan pada tahun 2015 dengan berat ketumbuhan tersebut sebanyak 4 kilogram. 

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan itu kini sedang berehat. 

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, Elizad masuk bilik pembedahan jam 8 pagi tadi dan pembedahan selesai selepas dua jam pembedahan tersebut berlangsung. Sekarang, Elizad sedang berehat dan masih dalam pemantauan doktor.” Kata pembantu peribadi beliau yang dikenali sebagai Noor. 

Sebelum ini, Elizad pernah memaklumkan bahawa beliau akan berehat sepanjang bulan ini dan meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat membalas mesej dan panggilan rakan-rakannya.

Kami di xtra mendoakan semoga Elizad cepat sembuh dan sehat seperti sediakala!

Salma Syahbuddin