Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom January 23, 2020 @ 1:06pm

Aduh! Bisanya luka terkena pisau. Ini petua merawatnya tanpa perlu minyak gamat

Siapa yang rajin ke dapur, mesti pernah mengalami kecederaan kecil apabila tangan terkena pisau. Bisanya, Tuhan sahaja yang tahu.

Jika ini berlaku kepada penulis, memang hilang terus semangat untuk memasak, lebih-lebih lagi apabila tiada handyplast di rumah.

Ada sesetengah kes terhiris pisau lukanya sangat dalam, tetapi tidaklah sampai memerlukan jahitan atau ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya luka boleh dirawat menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memastikan sesi memasak dapat diteruskan tanpa rasa kurang selesa.

Nak tahu apakah bahan-bahan itu, teruskan membaca!

1. Lidah buaya

Penulis pasti kebanyakan keluarga ada menanam lidah buaya di rumah. Selain baik untuk ekosistem di rumah kerana mampu menyaring kimia berbahaya dalam udara seperti benzena dan formaldehid, tumbuhan berlendir ini juga berfungsi sebagai bahan antiseptik, sekali gus menjadikan ia tumbuhan pilihan menghiasi laman rumah.

Tidak cukup dengan itu lidah buaya yang juga dikenali sebagai aloe vera memiliki 200 bahan aktif seperti vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang membuat tumbuhan itu sering diguna bagi menghasilkan produk kosmetik, minuman, makanan, cucian dan produk penjagaan rambut serta kulit.

Apa yang paling penting, daun lidah buaya juga boleh dijadikan ubat tatkala kecemasan seperti luka kecil terkena hirisan pisau atau minyak panas.

Caranya, belah lidah buaya lalu ambil isinya dan bersihkan hingga getah berlendirnya hilang. Kemudian sapukan lidah buaya ke bahagian luka dan gunakan secara teratur hingga luka kering dan parut beransur hilang.

2. Madu

Foto: Frontiers

Satu lagi bahan makanan yang mempunyai 1,001 manfaat ialah madu. Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka terkena pisau. Sapukan pada bahagian sama ada jari atau tangan yang terdapat luka. Kemudian biarkan selama 12 jam hingga madu betul-betul kering dan terasa meresap di kulit.

Selepas itu, bahagian yang disapu madu tadi dibersihkan dengan air yang mengalir. Teruskan menggunakannya walau luka sudah kering kerana ia berupaya memudarkan bekas luka itu.

3. Halia

Halia merah atau putih dapat menyembuhkan luka ringan. Ambil halia sebesar ibu jari lalu parut menjadi halus dan lumurkan pada bahagian yang luka tadi sebelum dibalut dengan kain kasa untuk mengelakkan halia tertanggal. Tapi sebelum melumurkannya pastikan bahagian luka dibersihkan terlebih dulu sehingga kering supaya kulit dalam keadaan kering.

4. Serbuk kopi

Serbuk kopi yang dicampur dengan air biasa dan dikacau menjadi pes boleh disapu ke atas luka. Biarkan hingga kopi mengering, kemudian bilas dengan air bersih. Anda juga boleh menabur serbuk kopi tanpa dicampur air. Serbuk kopi dipercayai dapat menghentikan pendarahan kecil akibat terhiris pisau.

5. Teh hijau

Teh hijau biasanya dikaitkan sebagai bahan yang dapat membantu menurunkan berat badan, namun teh hijau juga dapat dimanfaatkan untuk menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka.

Cara menggunakannya, ambil kapas dan kemudian celup ke dalam teh hijau yang sudah diparut terlebih dahulu. Sapukan luka dengan kapas itu rata-rata sambal ditekan perlahan.

6. Bawang putih

Apa, bawang putih? Ish… tak pedih ke? Alahai pedih sikit pun dah gabra, nak baik ke tidak?

Untuk pengetahuan pembaca, bawang putih mengandungi bahan antioksida yang berperanan menyembuhkan luka kecil akibat terkena pisau. Untuk mendapatkan manfaat antioksidanya, bawang putih harus terlebih dahulu dicincang halus atau ditumbuk. Boleh juga membelah bawang putih kepada dua bahagian, lalu disapukan pada bahagian yang luka tadi.

Peringatan untuk pembaca, kesemua bahan yang disebutkan mungkin menimbulkan rasa pedih sedikit ketika digunakan. Orang kata, pedih-pedih semut api, namun apa yang penting ia mujarab!

Selamat memasak untuk mereka yang tersayang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 5 Apr 2020

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Menu ini jimatkan masa di dapur

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019

3 cara mudah elak hidang biskut raya lemau

Enaknya menggigit biskut yang rangup!

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Sat, 30 May 2020
Eat Travel Thu, 22 Nov 2018

Teringin Nak Buat Popcorn Chicken? Ini Resipinya

Snek ini enak dimakan, macam popcorn!

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Eat Travel Sat, 11 Jan 2020
error: Content is protected !!