Categories: Eat Travel

India Telah Bangunkan Patung Statue Tertinggi Di Dunia, Iaitu Dengan Ketinggian 182 Meter!

Anda pernah lihat Statue of Liberty di Amerika? Ataupun statue Spring Temple Buddha di China? Besar macam gergasi, kan, bila dibandingkan dengan saiz manusia?

Kini ada patung statue yang lagi besar daripada mereka!

Rabu lalu, negara India telah memperkenalkan sebuah statue setinggi 182 meter, dan ia disahkan sebagai patung statue tertinggi di dunia.

Waaah, kalau kita berdiri di sebelahnya, mesti saiz kita macam saiz semut.

Foto:

Sebelum ini gelaran “pembina statue paling tinggi” dipegang oleh China dengan Spring Temple Buddha, tapi statue India ini adalah 54 meter lebih tinggi. Ia juga dua kali ganda lebih besar daripada Statue of Liberty. Wah!

Patung yang dibangunkan di negeri Gujarat dan menelan kos sebanyak $400 juta ini dinamakan Statue of Unity. Ia dibina sempena memperingati ahli politik India, Sardar Vallabhbhai Patel.

Foto: Reuters

Beliau juga merupakan timbalan perdana menteri pertama India dan memainkan peranan penting dalam penyatuan semula warga India selepas tamatnya pemerintahan kolonial British pada 1947.

Patel nampaknya sedang memakai pakaian tradisional India dengan sehelai shawl di bahunya.

Foto: Reuters

Syarikat pembinaan Larsen & Toubro Ltd telah diminta bina Statue of Unity ini pada Oktober 2010 dan ia mengambil masa 33 bulan untuk siapkan.

Patung tersebut diperbuat daripada 25,000 tan besi, 1,700 tan gangsa dan 210,000 meter padu simen.

Foto: Reuters

Tinggi dan besar gila, kan? Hmm… Statue of Unity takkan kekal lama sebagai patung tertinggi di dunia. Ini adalah kerana India kini sedang membina tugu peringatan bagi raja dan pahlawan Chhatrapati Shivaji.

Katanya ia akan berketinggian sebanyak 212 meter. Wow!

Sumber: Insider

Ad Ops