Categories: Eat Travel

Kerajaan Jepun Kini Beri Subsidi 70% Bagi Penginapan Hotel Untuk Pelancong Di Hokkaido

Bagi anda yang sebelum ini teringin nak melancong ke Hokkaido tapi rasa takut dengan tukaran mata wang Jepun yang tinggi, ada berita baik!

Awal bulan lepas, pulau paling utara di negara matahari terbit itu telah dilanda gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter.

Gegaran itu menyebabkan 41 nyawa telah terkorban, beberapa buah rumah telah musnah, tanah runtuk telah berlaku dan bekalan elektrik di serata daerah telah terputus.

Kerosakan akibat malapetaka itu sangatlah teruk hingga ia menelan kos sebanyak lebih kurang 100 bilion Yen (RM3.64 bilion) untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Banyak tu!

Foto: Reuters

Secara tak langsung, industri pelancongan di pulau itu pun sama terjejas.

Untuk menghidupkan semula industri ini di Hokkaido dan mengajak lebih ramai orang datang melancong, kerajaan Jepun telah membuat keputusan untuk beri subsidi setinggi 70% untuk kos penginapan para pengunjung.

Bermula dari 1 Oktober tahun ini, pihak Jepun akan melunaskan bayaran dari 50% ke 70% daripada kos penginapan pelancong tempatan sebanyak 20,000 Yen (lebih kurang RM720) untuk 3 malam.

Sementara itu, pelancong asing pula boleh menikmati potongan harga 70% daripada kos penginapan mereka jika mereka menginap selama sekurang-kurangnya 5 malam.

Wah, ini memang satu cara yang genius untuk menarik minat orang luar! Banyak betul yang anda boleh jimat dari segi bajet.

Hokkaido pun ada banyak tarikan yang boleh bekalkan anda dengan pengalaman yang takkan dapat anda lupakan.

Foto: us.jnto.go.jp

Foto: us.jnto.go.jp

Foto: us.jnto.go.jp

Pencinta alam memang akan enjoy kerana ada macam-macam tarikan semula jadi di pulau ini.

Bagi memudahkan mereka yang tak boleh bertutur dalam Bahasa Jepun, sebuah perkhidmatan panggilan 24 jam dalam pelbagai bahasa akan disediakan untuk memberi informasi tentang pengangkutan dan perkhidmatan awam.

Pengangkutan dan penginapan di kebanyakan tempat di Hokkaido sudah bersedia untuk menerima pelancong, kecuali di epicenter (kawasan pada permukaan bumi yang berada di atas titik permulaan gempa bumi).

Rata-ratanya Hokkaido memang selamat untuk dikunjungi. Yay! Bagi anda yang memang ada plan nak pergi bercuti pada hujung tahun ini, jadikanlah Hokkaido sebagai destinasi anda.

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops