Categories: Trending

OMG! ‘Gurauan’ Masuk Anak Dalam Mesin Basuh Berakhir Dengan Detik Mencemaskan

Niat nak bergurau tapi tak kena tempat? Ya kejadian yang melibatkan seorang wanita ke dalam mesin basuh dengan niat bergurau berakhir dengan detik mencemaskan apabila pintu mesin basuh itu tiba-tiba tertutup.

Panik dengan keaadan, wanita itu dilaporkan menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan oleh beberapa pekerja di kedai mamak bersebelahan dobi itu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Laundry Bar, Bandar Bukit Sentosa.

Video mencemaskan itu mula tular sejak beberapa jam lalu. Pintu mesin basuh yang tidak dapat dibuka itu akhirnya dipecahkan demi menyelamatkan kanak-kanak itu. Nasib baik! 

Dalam pada itu, rata-rata netizen di sosial media mengkritik ‘gurauan’ wanita itu sama sekali tidak masuk akal. Puan, banyak lagi game lain kot boleh dimain?

Apapun, kita jadikan iktibar daripada insiden ini. Lain kali hati-hati ya…

SGMS Faida