Categories: Eat Travel

Laura Medina Cafe, Port Makan Buat Kamu Yang Berbeza Selera!

Pernah atau tidak kamu mengalami dilema memilih restoran untuk menikmati makan malam gara-gara tidak mendapat kesepakatan ramai?

Contohnya, adik kamu craving sajian Korean, manakala suami dan anak pula memilih restoran Barat, sementara ibu setia dengan citarasa Melayunya yang prefer masakan tempatan.

Jika kamu sering kali mengalami situasi sebegini usah khuatir, halakan saja perjalanan anda ke Laura Median Cafe yang terletak di No. 34, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.

Restoran ini menyajikan world menu di mana hidangan merangkumi sajian Barat, Korea dan tempatan.

Jom check it out! list menu menarik yang terdapat di restoran ini.

1. Spaghetti Bolognese With Meatballs (RM13.90)

Foto: JJCM

Gabungan dua cara penyediaan pasta dalam satu hidangan. Spaghetti dimasak dengan stail aglio olio dengan minyak zaitun dan diserikan dengan chilli flakes serta lada hitam.

Sos bolognese yang ditambah bebola daging kemudiannya dituang ke atas pasta menghasilkan satu permainan rasa yang sungguh ketara dari rasa masin, pedas dan masam.

2. Ayam Korea Cheesy (RM19.90)

Foto: JJCM

Ayam yang telah digoreng dimasak sekali lagi dengan perapan istimewa ala Korea dan minyak bijan sebelum ditaburkan dengan keju.

3. Mahakarya Agung (RM18.90)

Foto: JJCM

Ayam buttermilk, daging hitam dan daging kunyit dihidangkan bersama nasi putih, telur masin, salad dan papadom.

Ayamnya empuk sementara sos buttermilk-nya lemak berkrim dengan sedikit rasa pedas dari daun kari dan cili padi. Dagingnya pula lembut.

4. Mahakarya Grill (RM39.90)

Foto: JJCM

Talam dipenuhi dengan chicken chop, grilled lamb, spaghetti aglio olio, nasi goreng, cheesy fries dengan sos bolognese, roti bakar dan jagung rebus.

Info Laura Medina Cafe

Lokasi: No. 34, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 3 petang hingga 10.30 malam (Isnin-Jumaat)

Sumber: JJCM

Yanie Baharom