Categories: Eat Travel

Loteng Tempat Lepak Hipster Tepi Pantai Paling ‘Win’ Di Teluk Cempedak

Seperti yang kita ketahui, Teluk Cempedak yang terletak di Kuantan, Pahang sememangnya terkenal dengan pantainya yang cukup cantik. Memiliki pantai yang mempunyai pasir putih dan bersih membuatkan ramai pelancong mahupun penduduk tempatan tidak mahu lepaskan peluang untuk beriadah di pantai ini.

Bukan itu sahaja, di Teluk Cempedak ini juga mempunyai banyak restoran yang terletak di tepi pantai. Termasuklah sebuah restoran hipster iaitu Loteng yang cukup terkenal di sana. Loteng merupakan restoran dua tingkat yang boleh nampak pemandangan pantai Teluk Cempedak. 

Foto: Facebook Loteng

Bukan setakat restorannya sahaja yang cantik, Loteng juga ada menyediakan pelbagai aneka makanan Asian food dan Western food. Jom kita lihat antara menu yang popular di Loteng ini. 

1. Signature Drinks

Jika anda berkunjung ke Loteng ini, pelbagai jenis minuman ada disediakan. Memang sedap-sedap! Antaranya Orange Freeze, Kedondong Freeze, Cha Yen, Matcha Yen, Coconut Shake, Mango Shake dan banyak lagi. 

2. Makanan

Lamb Chop, Chicken Chop, Anglio Olio dan banyak lagi makanan western yang boleh anda nikmati. Harganya juga berpatutan, memang anda wajib kena cuba!

Lamb Chop

Lamb with Aglio Olio

Lamb Chop Pasta

Fish & Chip

Chicken Chop

Ayam Berempah & Tom Yum Soup

Mushroom Soup & Aglio Olio

Ice Cream Cheesecake

Ice Cream Cheesecake

Nutty Chocolate Cheesecakes Ice-cream & Coconut Freeze

Terliur kan? Jadi pada anda yang nak try sendiri kesedapan semua makanan dan minuman yang di jual di sini, anda boleh Waze sahaja ke alamat Loteng Teluk Cempedak. Loteng dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 12 malam. Kalau nak tengok menu-menu mereka yang lain anda boleh ‘usha’ Facebook & Instagram Loteng ok!

Sumber: Loteng Facebook, Loteng Instagram 

tex_admin