Categories: Eat Travel

Marion Crepe Hidangkan Lempeng Nipis Yang Rangup Dan Sedap, Anda Bila Lagi Nak Cuba?

Pencuci mulut dalam bentuk crepe atau lempeng nipis semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Bagi penggemar lempeng nipis ini, ia bertambah lazat apabila ramuan tambahan disertakan di dalamnya seperti hirisan strawberi atau pisang, taburan cip coklat dan krim.

Penulis memang suka sangat crepe ni, lagi-lagi yang coklat. Memang sedap! Selalunya penulis akan lepak makan crepe yang awesome ini di Marion Crepe. Kalau korang nak tahu, Marion Crepe ini adalah antara kedai yang popular dekat Harajuku, Jepun. Tapi jangan risau, mereka dah meluaskan legasinya di Malaysia yang terletak di Plaza Mont Kiara.

Yang bestnya crepe di Marion ini, anda boleh nikmati jenis cold crepes, hot crepes and special crepes. Jom kita tengok menu dan beberapa jenis crepe yang disediakan di Marion Crepe ini.

Nampak sedap kan? Kalau anda nak try rasa boleh pergi ke Marion Crepe yang terletak di Plaza Mont Kiara. Ia dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi sehingga 9.30 malam. Jom serbu!

Sumber: Instagram Marion Crepe, Marion Crepe

tex_admin