Categories: Eat Travel

Melihat Gambar Saja Sudah Jatuh Cinta, Apalagi Memijak Pasir Putih Pulau Rawa

Orang kita sering mengagung-agungkan keindahan pulau negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Walhal ramai yang kurang peka di Malaysia juga terdapat banyak pulau yang indah-indah. Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Besar, Pulau Maritim dan Pulau Langkawi (sebahagian nama pulau komersil yang terkenal).

Itu belum lagi membariskan beberapa pulau indah yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Dalam kalangan penduduk Malaysia, penulis pasti masih ramai yang belum mengetahui kewujudan Pulau Rawa yang merupakan pulau yang tersangat indah ini di Malaysia.

Foto: thevocket

Foto: Rawa Island Resort

Foto: Rawa Island Resort

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau ibarat mutiara yang tersimpan rapi yang wujud di negeri Johor di mana ianya terletak kira-kira 16 kilometer di luar pesisiran laut Johor dan juga berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir yang bersih yang boleh membuat anda terpegun dengan pasirnya dengan hanya sekadar melihat dari jauh. Bahkan air lautnya yang sangat cantik dan bersih dapat mendamaikan pandangan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda.

Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa tersangatlah cantik dengan kejernihan airnya yang kehijauan dan kebiruan apatah lagi ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan di laut. Paling best ada slide ala-ala Sunway Lagoon!

Foto: Rawa Island Resort

Foto: kakireview.com

Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik dengan melakukan aktiviti skuba dengan syarat anda telahpun mempunyai lesen skuba untuk memudahkan proses pendaftaran.

Kepada mereka yang menyukai keindahan alam, Pulau Rawa hill top bakal menjadi tarikan sampingan buat anda dengan menaiki ke puncak bukit dan anda akan terpesona dengan pemandangan di atas bukit ketika waktu senja dan juga waktu matahari terbit. 

Pulau Rawa sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan mereka yang inginkan berehat dari tekanan dan ketegangan kehidupan moden. Rawa Island Resort adalah salah satu resort yang ada di sana dan bolehlah buat tempahan di sini jika berminat.

Foto: Rawa Island Resort

Foto: Rawa Island Resort

Harga hotel bermula RM500 satu malam dan terdapat pakej full board lengkap makan pagi, tengahari, malam, snorkeling dan macam-macam lagi aktiviti. Walaupun ramai yang kata Pulau Rawa ini agak mahal, tapi berbaloi apatah lagi bukan selalu dapat peluang bercuti dan kembali pada keindahan alam ciptaan Tuhan.

Foto: Rawa Island Resort

Sumber: Rawa Island Resort

Yanie Baharom