Categories: Gaya Hidup

10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kopi

Rasa kopi yang pahit bercampur dengan rasa lemak manis ternyata memberi satu kenikmatan yang sukar digambarkan, sekaligus menjadikan ia antara minuman paling popular di seluruh dunia.

Bagi pencinta kopi, seteguk minuman itu sudah mampu untuk bertindak sebagai ‘ubat penenang’ buat mereka. Bau harum biji kopi yang dipanggang bagai menjadi satu terapi, malah adakalanya mampu menghilangkan tekanan selepas sibuk dengan tugas seharian.

Foto: Cosmos Magazine

Sambil menikmati secawan kopi, apa kata kita semak antara fakta menarik mengenai minuman ini.

1. Tanggal 1 Oktober dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa.

Foto: Harian Gadis

2. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini adalah kira-kira AS$50 (RM220) secawan.

3. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.

4. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.

Foto: Coffee With The Queen

5. Daripada lebih 50 spesies kopi di seluruh dunia, hanya ada dua jenis kopi yang paling popular digunakan untuk produksi komersil iaitu Arabica dan Robusta.

6. Kopi memberi manfaat kepada kesihatan antaranya mampu mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu untuk membakar lemak.

7. Brazil merupakan negara yang paling besar menghasilkan kopi iaitu sebanyak 40%, diikuti Columbia dan Vietnam.

Foto: Sprudge

8. Mungkin ramai yang tidak tahu kopi merupakan sejenis buah. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.

9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

Foto: Majalah Otten

10. Kopi juga bagus untuk kecantikan. Antara kelebihan kopi ialah melembutkan kulit wajah, mengatasi masalah kulit berminyak, mengecilkan pori-pori dan menghilangkan parut jerawat.

Sumber: HipweeAstro Awani

Ad Ops