Categories: Eat Travel

Nak Cuba Buat Roti Gandum Sendiri? Ini Resipinya

Ya, lagi senang kalau beli sendiri saja roti gandum di kedai. Tapi anda tak teringin ke nak cabar kepakaran anda di dapur?

Buat kek dah biasa sangat! Resipi roti yang menggunakan ramuan yis ini lain macam sikit cabarannya.

Bagi anda yang memang ada mesin pembuat roti atau breadmaker, senanglah kerja, tapi anda tak perlu gunakan mesin itu untuk buat roti.

Nak cuba? Ikuti resipi di bawah.

Bahan-bahannya:

  • 1 1/4 air suam
  • 1 1/2 sudu kecil madu (atau gula)
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering aktif
  • 2 cawan tepung gandum (whole wheat flour)
  • 1 1/3 cawan tepung serba guna
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 1/2 sudu kecil garam

Nota: Anda juga perlukan sebuah loaf pan.

Cara penyediaan

1. Dalam mangkuk besar, pukul air, madu dan yis, dan biarkan selama 5 minit hingga yis itu kembang.

2. Tuangkan tepung gandum, tepung serba guna, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga adunan sebati dan membentuk sebuah bola yang tak melekat langsung pada jari.

Nota: Anda juga boleh melaksanakan Langkah 1 dan 2 dengan menggunakan standing mixer, kacau perlahan hingga adunan tak melekat pada bahagian tepi mangkuk.

3. Di atas permukaan yang bersih, taburkan sedikit tepung. Uli adunan tadi beberapa kali hingga ia betul-betul menjadi bentuk bola yang padat.

4. Pindahkan ke mangkuk yang disapukan minyak dan pusingkan dough itu hingga ia diselaputi minyak. Tutup mangkuk itu dengan plastic wrap atau tuala basah dan letakkan di ruang yang bercuaca hangat selama 1 jam.

5. Biarkan dough itu mengembang menjadi dua kali ganda saiznya. Jangan buang tuala atau plastic wrap tadi kerana anda akan menggunakannya semula.

6. Pindahkan dough kembang itu ke atas permukaan yang bertepung sedikit dan tekankannya (jangan tarik) hingga menjadi bentuk segi empat tepat bersaiz 7×7 inci.

7. Dengan menggunakan minda, bahagikan dough tersebut kepada 3 bahagian secara melintang. Lipatkan bahagian atas ke bawah, dan bahagian bawah ke atas, hingga dough menjadi bentuk segi empat sama. Picit-picit sikit lipatan di atas supaya ia betul-betul tertutup.

8. Terbalikkan dough itu supaya bahagian lipatan berada di atas. Lipatkan bahagian kiri dan kanan dough ke arah tengahnya supaya ia sama saiz dengan loaf pan anda.

9. Pindahkan dough ke loaf pan yang berminyak dan tutup dengan plastic wrap atau tuala yang digunakan tadi.

10. Biarkan selama 1 jam hingga ia dah kembang sampai terkeluar daripada tepi pan itu sebanyak 1 1/2 inci.

11. Panaskan oven ke 190 darjah Celcius.

12. Alihkan plastic wrap atau tuala dan masukkan loaf pan ke dalam oven. Bakar selama 50 ke 55 minit hingga dough bertukar warna perang sedikit dan membentuk kerak berwarna coklat terang.

13. Dengan segera, keluarkan roti daripada pan dan biarkan sejuk selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum potong.

14. Simpan di dalam bekas atau beg yang kalis udara. Roti ini juga boleh disimpan di dalam freezer selama 6 bulan.

Nota: Mungkin anda teringin nak menggunakan tepung gandum sahaja dalam resipi ini, tapi menurut eksperimen, teknik ini manjadikan roti anda keras dan mampat yang tak kembang langsung.

Penggunaan tepung serba guna adalah perlu untuk mendapatkan tekstur lembut macam bantal yang kita nak untuk buat sandwich.

Anda mungkin juga tak berapa faham di sesetengah bahagian, kan? Ikuti tutorial di bawah ini:

Selamat mencuba!

Sumber: Goodful

Ad Ops