Categories: Eat Travel

Nampak Macam Susah Tapi Senang Saja Untuk Buat Kek Mille Crepe! Ini Resipinya

Mille Crepe Cake adalah satu lagi jenis kek yang popular pada masa kini. Ia terdiri daripada kepingan crepe (sama macam pancake nipis) yang disusun hingga berlapis-lapis. 

Dan sebab itulah ia nampak macam susah nak buat. Cuba tengok lapisan kepingan crepe di dalam satu kek ini. Tak terkira nampaknya! 

Sebenarnya senang saja nak buat. Anda cuma perlukan kesabaran untuk membuat kepingan crepe itu. Bila dah siap, gerenti puas hati.

Nak cuba? Jom ikuti resipi di bawah ini.

Bahan-bahan untuk crepe:

  • 100 gram mentega
  • 3 cawan susu
  • 6 biji telur
  • 210 gram tepung gandum
  • 70 gram serbuk koko
  • 7 sudu besar gula
  • 1 liter krim putar

Bahan-bahan untuk sos coklat ganache:

  • 1 cawan heavy cream
  • 4 sudu besar (200 gram) gula
  • 170 gram coklat masak
  • 1 sudu besar mentega

** Optional: ¼ cawan gula halus untuk topping

Cara-Caranya:

  1. Untuk buat adunan kepingan crepe, cairkan mentega di dalam periuk di atas api. Biarkan ia berwarna brown sikit, dan kemudian tuangkan ke dalam mangkuk kecil.
  2. Di dalam periuk tadi, panaskan susu dan kemudian alihkan daripada api.
  3. Di dalam mangkuk besar, gunakan whisk untuk mengadun tepung, serbuk koko dan gula. Kemudian masukkan telur dan kacau dengan electric mixer.
  4. Sedikit demi sedikit, masukkan mentega cair dan susu tadi. Sejukkan di dalam peti ais.
  5. Di dalam pan bersaiz medium dan di atas api sederhana, tuangkan 1/4 cawan adunan crepe ke permukaan pan tersebut hingga sama rata.
  6. Biarkan masak hingga bahagian bawah crepe itu menjadi warna perang. Terbalikkannya dan biarkan hingga jadi brown.
  7. Ulang hingga kesemua adunan crepe dah habis digunakan. Kemudian biarkan sejuk.
  8. Susun kepingan crepe hingga ia bertingkat-tingkat, tapi sapu selapis krim putar di antara setiap lapisan.
  9. Bila dah siap susun, kalau nak, trim bahagian tepi kepingan crepe supaya nampak kemas.
  10. Untuk membuat sos coklat ganache, panaskan heavy cream dan gula hingga mendidih.
  11. Masukkan kepingan coklat dan mentega. Bila dah sebati, biarkan sejuk, dan tuangkan ke atas kek crepe hingga rata.
  12. Jika anda nak, anda boleh taburkan gula halus ke atasnya sebagai topping.

Rujuk kepada video di bawah jika anda kurang jelas, ya. Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops