Categories: Eat Travel

Raikan Hari Raya Anda Dengan Hidangan Kuih Conflakes Madu Yang Rangup Ini

Jom manfaatkan hari cuti anda dengan membuat kuih raya yang femes iaitu Cornflakes Madu! Pasti menu kuih raya ini ada dalam balang kuih raya di rumah anda setiap kali Syawal tiba, kan? Kuih rangup ini memang sedap dimakan dan digemari oleh semua orang tidak kira usia.

Jom pelajari cara nak buat. Ajak sekali anak-anak anda untuk tolong buat kuih ini, pasti meriah!

Bahan-bahannya:

350 gram Cornflakes 

1/4 cawan Madu

1/2 cawan Gula hangus

1 buku Mentega Buttercup

Buah ceri, dicincang halus

Kertas cupcake kecil yang secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan kuali yang besar dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan mentega dan cairkan.

2. Masukkan gula hangus dan kacau sehingga hancur.

3. Kemudian, masukkan madu dan kacau sehingga adunan sebati.

4. Apabila mendidih, masukkan Cornflakes dan kacau perlahan sehingga rata.

5. Masukkan pula buah ceri dan kacau sehingga rata.

6. Masukkan adunan Cornflakes Madu itu ke dalam kertas cupcake sikit-sikit dan bakar selama 5 hingga 10 minit pada suhu di antara 160 dan 170 darjah Celcius mengikut pada kepanasan oven anda.

7. Setelah siap dibakar, sejukkan dulu tersebut sebelum memasukkannya ke dalam balang kedap udara supaya tidak lemau.

Selamat mencuba!

Sumber: Dapur Berasap Utube

tex_admin