Categories: Eat Travel

Rangkaian Minuman Bubble Tea Taiwan ‘Tiger Sugar’ Akan Memasuki Pasaran Malaysia November Ini

Peminat bubble tea di Malaysia akan rasa lebih excited tak lama lagi kerana satu lagi chain minuman itu akan dibawa masuk ke negara ini. Yay!

Rangkaian popular dari Taiwan, Tiger Sugar dijangka akan mula membuka cawangannya di Malaysia pada November ini!

Walaupun jenama itu baru saja ditubuhkan November tahun lepas, Tiger Sugar telah pun mengumpul kumpulan peminat yang besar.

Minuman ini popular sangat sampai ramai yang sanggup beratur walaupun kedai belum lagi dibuka! Ada yang kata waktu menunggu mereka melebihi sejam. Wah, komitmen tu!

Foto: Lacrucci

Daripada menawarkan menu yang complicated, Tiger Sugar fokus dalam menyempurnakan setiap minuman dengan memperkayakan setiap ramuannya.

Apa-apa pun, hanya ramuan yang segar dan simple yang digunakan, seperti gula merah, boba pearls, kacang merah, susu segar dan teh hijau atau merah.

Kenapa namanya Tiger Sugar?

Inspirasi untuk nama itu diambil daripada “belang harimau” yang terbentuk apabila sirap gula merah berinteraksi dengan susu teh dalam cawannya.

Macam ini:

Katanya belang-belang ini akan larut dalam masa 5 minit jadi kalau nak tangkap gambar, cepat-cepat tangkap!

Untuk menikmati rasa terbaik dari setiap cawan minuman Tiger Sugar, anda perlu goncang cawan itu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali untuk menguatkan tekstur boba pearls yang baru dimasak.

Tiger Sugar Malaysia pertama kali mengumumkan kemunculannya di Facebook tapi ia belum lagi menyatakan di mana lokasi cawangannya akan dibuka. Tak sabar!

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops