Buat Ucapan Berbayar Di Instastory, Netizen Label Janna Nick Artis Paling B**** 2018?

Sejak memulakan caj perkhidmatan untuk sebarang ucapan di laman Instastorynya, pelakon Janna Nick terus dikecam hebat oleh pengikut di Instagram.

Geram betul eh nampaknya netizen-netizen sekalian…

Rabu lalu, pelakon berusia 23 tahun ini aktif melakukan ucapan berbayar malah sedia membantu pengikutnya mencari jodoh.

Dengan syarat, individu berkenaan harus meletakkan bayaran sebanyak RM 50.

“Siapa yang nak promote diri masing-masing dan mencari jodoh, saya juga akan shout out di Instagram story,” tulis Janna di Instagram.

Walaupun dikritik hebat, perkhidmatan itu mendapat respon yang baik. Rata-rata mempersoalkan kewajarannya.

Namun begitu, Janna memberitahu sebuah portal hiburan tempatan, dia meminta netizen tidak melatah memandangkan mempunyai alasan tersendiri mewujudkan perkhidmatan tersebut. Kita tunggu apa agaknya kejutan yang bakal Janna berikan…sabar ya wak!

SGMS Faida