Categories: Eat Travel

Resepi Jeli Kelapa Ini Bikin Waktu Berbuka Puasa Lebih Awesome!

Anda masih tidak tahu nak buat menu dessert yang macam mana untuk berbuka puasa? Apa kata anda buat inovasi air kelapa menjadi jeli ataupun dipanggil jeli kelapa. Penulis sangat suka makan jeli kelapa ini, lagi-lagi kalau jeli tersebut sejuk. Memang sedap!

Cara nak buat jeli kelapa ini tidaklah susah, yang penting anda ada bahan utamanya iaitu buah kelapa. Jom, tegok cara-cara nak buat jeli kelapa ini.

Bahan-bahannya:

10 gram serbuk agar-agar

2 cawan gula pasir (kalau nak manis, lebihkan 8 cawan air kelapa)

2 biji kelapa muda

4 cawan air

2 helai daun pandan

Isi kelapa

Cara-caranya:

1. Campurkan serbuk agar-agar, gula pasir, air kelapa, air putih dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Kalau air kelapa banyak, anda boleh kurangkan air putih.

3. Masukkan isi kelapa dalam bekas kecil-kecil, dan tuangkan adunan jeli tadi ke dalam bekas yang berisi isi kelapa itu tadi.

4. Anda boleh sejukkan jeli kelapa dan sedia untuk dihidangkan.

 Mudah sangat kan? Indahkan saat-saat berbuka puasa dengan hidangan jeli kelapa yang sangat sedap ini bersama orang tersayang. Selamat mencuba.

Sumber: iCookAsia

tex_admin