Categories: Eat Travel

Resipi Mudah Mac & Cheese Ini Gunakan 3 Bahan Saja Tapi Hasilnya Gerenti Menyelerakan!

Mac & Cheese boleh dikategorikan sebagai salah satu masakan pasta yang telah menjadi kesukaan orang ramai di serata dunia.

Kombinasi pasta yang lembut dengan keju cair yang penuh nikmat gerenti akan buat anda rasa tak puas. Bukan untuk orang dewasa saja, kanak-kanak pun gemarinya.

Ramuan keju serta nama glamournya itu membuatkan Mac & Cheese nampak mahal dan ekslusif, tapi sebenarnya senang saja kalau nak buat di rumah!

Paling kurang pun, anda hanya perlukan 3 bahan yang basic. jika mahu, anda bolehlah masukkan ramuan tambahan untuk menaikkan rasanya lagi. Nak tambah lebih banyak cheese pun boleh!

Tapi untuk Ma & Cheese yang asas, 3 bahan saja yang diperlukan. Jom check out resipi yang mudah ini.

Bahan-bahannya:

5 cawan (1.2 liter) susu whole milk

460 gram elbow macaroni, kering

2 cawan (200 gram) keju cheddar, dicincang

Cara penyediaannya:

1. Di dalam periuk besar, panaskan susu hingga menggelegak.

2. Masukkan pasta dan kacau selalu hingga pasta tersebut masak, selama lebih kurang 10 minit.

3. Tutupkan api dan masukkan keju. Kacau hingga keju itu cair dan pasta itu disaluti dengan keju sama rata. Makan!

Senang saja, kan? Di bawah ini ada video untuk rujukkan anda.

Sumber: Tasty

Ad Ops