Categories: Eat Travel

Sate Hipster Warna-Warni Ini Popular Di Terengganu. Anda Wajib Cuba!

Agaknya ada tak sate yang berwarna-warni? Dengar macam pelik kan? Kalau anda nak tahu, di Terengganu memang ada jual sate warna-warni atau digelar ‘sate hipster’ ini dan dikatakan mendapat permintaan yang tinggi ketika Aidilfitri.

Pengusahanya, Muhammad Zulhanif Hazman yang baru berusia 22 tahun berkata, permintaan sate ayam dengam empat warna tersebut yang dihasilkan sejak empat bulan lalu meningkat sekali ganda pada hari Raya ini.

“Alhamdulillah, sate warna-warni yang terdiri daripada empat warna iaitu kuning, biru, merah dan hijau, mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang hari raya ini berbanding bulan-bulan biasa tempahan tak sampai 15 ribu cucuk.

“Saya berniaga sate ayam dan daging sejak lima tahun lalu, namun idea untuk buat sate warna-warni ini tercetus selepas mendapat nasihat daripada pembimbing program Empower Ecer yang saya pernah sertai,” katanya.

Muhammad Zulhanif juga berkata sate berwarna yang dihasilkannya itu tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan beliau masih menggunakan ramuan turun-temurun yang diwarisi daripada nenek serta ibunya.

Pada awalnya, ramai yang mempersoalkan warna sate yang dihasilkan olehnya, namun setelah mencuba sendiri ramai yang sukakan rasanya yang sedap kerana rasa satenya yang lembut dan warna tersebut menambahkan lagi selera.

Harga untuk sate warna-warni bagi sate ayam hanya dijual 70 sen secucuk manakala bagi sate daging pula 90 sen secucuk. Bagi anda yang berada di sekitar Terengganu bolehlah dapatkan sate warna-warni ini untuk hidangan rumah terbuka anda. Jom ramai-ramai makan sate warna-warni ini di Four Z Brothers Cafe di Kemaman Terengganu. 

Sumber: mStar

tex_admin

Recent Posts