Categories: Eat Travel

Selain Lebuh Armenian, ini 4 lokasi menarik untuk bergambar di Pulau Pinang yang ramai tidak tahu

Pulau Pinang menawarkan pelbagai destinasi percutian yang istimewa dan sentiasa menjadi pilihan pelancong untuk menerokai lokasi menarik mahupun tempat makan yang sedap.

Bagi mereka yang gemar bergambar, seni jalanan di Lebuh Armenian cukup terkenal sebagai lokasi untuk mengabadikan foto-foto menarik ketika bercuti di negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu.

Tetapi tahukah anda, terdapat banyak lagi lokasi menarik yang cantik untuk bergambar selain di Lebuh Armenian. Jom semak lokasi cantik dan menarik berikut.

1. BookXcess

Kredit gambar: Instagram Georgetown City

Terletak di pusat beli-belah Gurney Paragon, BookXcess boleh dijadikan pilihan Instafamous untuk mengagumkan pengikut akaun media sosial mereka. Memiliki rak buku dua tingkat yang diiktirafkan sebagai rak buku paling panjang di Malaysia, lokasi ini sangat menarik untuk diabadikan sebagai kenangan.

Kredit gambar: Instagram Qrt_Srt

2. Inap desa Kampung Agong

Kredit gambar: Oriental Daily

Kredit gambar: Oriental Daily

Jika anda sukakan suasana kampung, Inap desa Kampung Agong wajib dimasukkan dalam senarai lokasi percutian anda. Dikelilingi pokok kelapa, sawah padi, rumah kampung dan banyak lagi keindahan semula jadi, lokasi ini sangat cantik untuk bergambar terutama di sarang gantung burung tempua dan buaian yang menghadap sawah. Inap desa Kampung Agong terletak di Kampung Bakar Kapor, Penaga, 50 minit memandu dari Jambatan Pulau Pinang.

Kredit gambar: Oriental Daily

Kredit gambar: Oriental Daily

3. Tan Jetty

Kredit gambar: Fine Art America

Tan Jetty ialah satu daripada enam Clan Jetties di Pulau Pinang yang mempunyai pesona tersendiri. Dengan laluan kayu yang panjang dan lurus, jeti ini sentiasa menjadi lokasi menakjubkan untuk merakan gambar yang sempurna, lebih-lebih lagi ketika matahari terbenam. Lokasi ini sesuai buat bakal pengantin yang ingin melakukan sesi fotografi praperkahwinan.

Kredit gambar: Pinterest

4. Cheong Fatt Tze Mansion

Kredit gambar: Kosublog

Rumah lama yang dijadikan butik hotel dan restoran itu juga sangat indah untuk dijadikan lokasi mengambil foto yang cantik. Struktur bangunan lama berwarna biru dengan reka bentuk Timur dan Barat itu ternyata menarik minat sesiapa sahaja yang lalu di situ.

Kredit gambar: Rooftalks

Kredit gambar: Kosublog

Oleh itu, kalau anda merancang untuk ke Pulau Pinang nanti, bolehlah singgah dan ambil gambar cantik dan menarik di lokasi yang dikongsi di atas.

Ad Ops