Categories: Eat Travel

Wah! Sekarang Dah Ada Jual Pizza Cempedak & Durian! Memang Wajib Cuba

Wow, ada pizza cempedak lah sekarang ini! Pasti berita ini disukai bagi anda yang penggemar buah cempedak. Kadang-kadang kita perlu tukar citarasa, asyik makan perasa pizza yang sama saja boring jugak kan?

Buat pertama kali di Malaysia, pizza perasa cempedak telah diperkenalkan. Us Pizza Malaysia telah menjual pizza cempedak yang kaya dengan buah cempedak segar dan disaluti dengan keju. Pergh! Mesti mantap rasanya!

Harga bagi pizza cempedak ini tidaklah terlalu mahal, ianya dijual dengan harga RM29.95 untuk saiz sederhana. Kalau anda tengok mesti terliur!

Foto: Facebook US Pizza Malaysia

Paling best, mereka bukan sahaja jual pizza perasa cempedak, malah mereka juga ada mengeluarkan menu pizza perasa durian. Menarik kan? Untuk pizza durian, harganya berbeza-beza mengikut jenis durian. Antara jenis duriannya adalah Musang King dan Sultan King. Gerenti sedap ni!

Untuk pengetahuan anda, pizza cempedak dan durian ini hanya boleh didapati di cawangan Penang sahaja. Kalau anda merancang untuk short gateway ke Penang, jangan lupa untuk mengunjugi Us Pizza Malaysia bagi merasai pizza mereka yang awesome ini. Waze saja pasti jumpa!

Sumber: Facebook

tex_admin