Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2025 @ 4:33pm

Eda Ezrin Bebas Selepas Lebih 9 Bulan Ditahan di Penjara Narathiwat

Penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin akhirnya dibebaskan hari ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

Memetik laporan BH Online, pembebasan itu dibuat susulan kegagalan pihak pendakwa raya Thailand mengemukakan bukti dan saksi bagi menyokong rayuan terhadap kes berkenaan.

Hakim Mahkamah Penjara Narathiwat memutuskan untuk melepaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya serta empat individu lain kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

Kesemua mereka sebelum ini ditahan atas tuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Sungai Golok di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu.

Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat yang bersidang selama tiga hari bermula 11, 13 dan 14 Februari memutuskan untuk membebaskan Eda Ezrin; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; dan empat rakan mereka iaitu Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; serta Zuhaira Nasrin, 26.

Bagaimanapun, pendakwa raya mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah membenarkan lima lanjutan permohonan rayuan, masing-masing bermula dari 6 Mac hingga 6 April; 6 April hingga 6 Mei; 6 Mei hingga 10 Jun; 10 Jun hingga 6 Julai; dan terakhir dari 6 Julai hingga 6 Ogos.

Sementara itu, bapa Eda Ezrin, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, meluahkan rasa syukur atas pembebasan anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, saya rasa gembira dan akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah malam esok.

“Bekas isteri iaitu ibu kepada Eda Ezrin akan menyambut kepulangan anak saya di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Wan Ismail, doa seluruh ahli keluarga akhirnya dimakbulkan apabila anaknya yang sebelum ini ditahan hampir setahun dibebaskan, sekali gus membuktikan bahawa Eda tidak bersalah.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Pemalu Punca Riena Kurang Popular?

Doakan yang terbaik untuk jenama Mariposa!

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Kenapa Agaknya Drama Dia Menantu Rahsia diselar netizen di Twitter?

Drama popular Dia Menantu Rahsia yang kini ditayangkan di TV3 di Slot Akasia menerima kecaman seorang netizen di laman Twitter.

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

「萨克斯风演奏家」肯尼基216再度吹响云顶!

相隔15个月国际「萨克斯风演奏家」肯尼·基将重返大马舞台,于2月16日吹响云顶云星剧场!

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Featured Wed, 21 Jan 2026

Tular Didakwa Kahwin Dengan Gabenor Acheh, Vie Shantie Khan Perjelas Status Perkahwinan

Spekulasi mengenai penularan berita perkahwinan Gabenor Acheh, Muzakir Manaf dan usahawan, Vie Shanti Khan menyorot perhatian warganet.

Featured Wed, 4 Jan 2023
error: Content is protected !!