Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 6, 2018 @ 2:30pm

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Bebas dan merdeka, itu perasaan yang dirasai wanita Jeddah apabila larangan Arab Saudi terhadap pemandu wanita berakhir.

Pereka fesyen, Eman Joharjy bersama rakan-rakan misalnya, mengambil peluang memandu ke kawasan pesisiran pantai di Jeddah untuk menjalankan aktiviti berbasikal.

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam.

Foto: Twitter

Wanita dalam kerajaan konservatif ini kini semakin mendapat kebebasan di bawah agenda reformasi yang diperkenalkan Tengku Mahkotanya, Mohammed Salman.

Putera Mohammed bukan saja mahu membawa perubahan kepada ekonomi negara pengeksport minyak itu, malah menggalakkan keterbukaan dalam masyarakatnya.

Kerajaan Arab Saudi sudahpun membenarkan wanita menyertai pasukan keselamatan, selain tidak lagi memerlukan mereka mendapatkan izin mahram lelaki untuk menjalankan perniagaan.

Foto: Zimbio

Buat masa ini, walaupun mereka sudah dibenarkan memandu kenderaan, mereka masih memerlukan izin untuk berkahwin dan melancong ke luar negara.

Putera Mohammed menyasarkan tempoh dua tahun untuk pelbagai perubahan sosial, termasuk membenarkan semula operasi panggung wayang dan konsert umum.

Kuasa polis agama juga sudah dikurangkan, yang dahulunya berhak menahan mana-mana wanita di jalanan untuk mengarahkan mereka mengenakan pakaian yang lebih menjaga aurat.

Hari ini, menjelang waktu matahari terbenam, ketika kehangatan suhu tanah Arab menurun, para wanita dilihat menjalankan aktiviti riadah di sepanjang kawasan pesisiran pantai.

Foto: TRT World

“Wanita kini lebih bersemangat dengan sokongan kerajaan. Kini kami boleh bersukan. Marilah berubah menjadi masyarakat yang aktif,” ujar Joharjy.

Pada 2007, Joharjy mereka abaya untuk dirinya sendiri selepas kecewa apabila tiada pilihan abaya yang sesuai untuk aktiviti berlari atau berbasikal.

Dia juga menghasilkannya untuk rakan-rakan dan kemudian mula menjual ‘abaya sukan’ tersebut kepada orang ramai sehingga jualan abaya ini mendapat sambutan yang cukup hangat.

Foto: laurenconradhair

Di butiknya, rak-rak penuh digantung dengan pelbagai rekaan abaya berwarna-warni, yang sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk memandu.

Abaya untuk memandu kereta itu mempunyai hoodie (penutup kepala), lengan yang lebih ketat untuk mengelak ia tersangkut pada stereng, dan tidak terlalu labuh pada bahagian kaki bagi memudahkan kendalian pedal. Lebih penting, bagi Joharjy, tiada warna hitam.

“Ini mencerminkan kebebasan dan keinginan untuk menikmati hidup dan memudahkan wanita moden. Lagipun, wanita menyukai warna,” ujarnya.

Beliau optimis bahawa peraturan sosial Arab Saudi yang ketat akan berubah, sekali gus percaya ramai wanita dapat menggayakan variasi jenis abaya.

Foto: culturebox

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 4 Oct 2018
Featured Mon, 6 Apr 2020
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Dijemput ke perkahwinan rakan? Guna batik untuk kelihatan elegan!

Cuba selongkar almari ibu untuk dapatkan kain batik klasik!

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 4 Feb 2019
Featured Wed, 10 Jan 2018

1st Date: Apa Perlu Pakai

Temu janji pertama merupakan satu perkara yang sangat mengujakan bagi setiap wanita. Namun, pada masa sama mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak tahu apa yang hendak dipakai sewaktu pertemuan pertama dengan si dia. First impression memainkan […]

Oh Lawa Thu, 18 Jan 2024

Kulit Kusam & Banyak Bintik Hitam? Ini 4 Penyebab Utama Yang Korang Perlu Tahu!

Kulit kusam dan semakin banyak bintik hitam muncul di wajah? Kenapa jadi macam tu? Apa puncanya? Macam mana nak rawat masalah ini? Meh sini min kongsikan 4 penyebab utama bintik hitam & kulit kusam terjadi […]

Oh Lawa Sat, 8 Sep 2018

The White Label Collection Dedikasi Kasih Najla Sarbini Buat Allahyarham Bapanya

Najla Sarbinie mengabadikan nama Allahyarham bapanya itu menerusi rekaan terbaru beliau.

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Ukuran Pinggang Kurang 25 Inci

Sebahagian besar daripada mereka  tidak makan selepas jam 8 malam.

error: Content is protected !!