Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2022 @ 12:37pm

Ejen Ali The Movie Kini Tembusi Pasaran Republik Uzbekistan

Filem animasi popular negara, Ejen Ali The Movie melangkah setapak lagi ke hadapan apabila filem ini menembusi pasaran Republik Uzbekistan.

Mula ditayangkan pada 15 Februari 2022, filem animasi ini juga mencipta sejarah menjadi filem cereka pertama alih suara dan dilokalkan di Uzbekistan serta ditayangkan di lebih 25 pawagam di tujuh bandar di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh, ia selaras dengan matlamat Primeworks Studios untuk sentiasa mempromosikan kandungan program Malaysia yang hebat kepada penonton di peringkat antarabangsa.

“Terima kasih kami ucapkan kepada AMEX MEDIA dan World Pictures di atas peluang ini untuk menayangkan filem di Uzbekistan dan menggunakan bahasa tempatan mereka supaya majoriti penonton mereka dapat menikmati filem animasi berkualiti ini tanpa halangan dari segi bahasa.

 

“Sokongan daripada peminat di seluruh dunia sememangnya memberi semangat kepada kami dan tidak sabar untuk melihat reaksi semua menonton penggembaraan Ali seterusnya dalam EJEN ALI Musim 3,” katanya.

Semenatra itu, Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation and Pengarah Ejen Ali, Usamah Zaid Yasin memaklumkan, beliau terkejut dan tidak menyangka bahawa filem animasi ini akan berada di pawagam antarabangsa.

“Ia sememangnya diluar dari imaginasi kami. Kami sangat gembira dengan sokongan yang diberikan oleh AMEX MEDIA dan World Pictures dan berharap filem ini dapat menghiburkan hati penonton di pawagam Uzbekistan.

“Semoga Ejen Ali dapat menambat hati lebih ramai peminat antarabangsa dengan keunikan wataknya yang dinamik, serta semangatnya untuk  menghadapi cabaran dan sebarang kemungkinan. Kami tidak sabar untuk menunggu peminat-peminat baharu daripada sana dan menjadi sebahagian dalam menyertai misi pengembaraan Ali sebagai perisik dalam siri TV musim ketiga yang akan datang,” jelasnya.

Untuk rekod, EJEN ALI kini menjadi salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih dari 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih 3 juta pengikut di laman rasmi YouTube selain berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Featured Fri, 3 Apr 2026

Beto Kusyairy Segan Jadi Inspirasi Pelakon Baharu – “Saya Juga Masih Mencari Ilmu Sama Seperti Mereka”

Beto Kusyairy mengakui berasa sedikit segan apabila namanya dipetik antara pelakon yang dijadikan inspirasikan selain menjadi idola para pelakon baharu tanah air.

Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Trending Sun, 28 Aug 2022

Didakwa Bercinta Dengan Selebriti Wanita? Ini Jawapan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, nama Sufian Suhaimi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas pengacara dan usahawan, Neelofa, ‘mengusik’ penyanyi itu seolah-olah dia kini sudah mempunyai pasangan. Namun, memetik laporan Harian Metro, penyanyi […]

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihannya tersendiri.

Trending Fri, 29 Mar 2024

Beauty of Joseon X Lilin Tawar Diskaun Sehingga 40% Untuk Set Eksklusif Raya & Promosi Bundle 2024!

Korang pengguna produk kecantikan Beauty of Joseon? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai promosi hebat termasuk diskaun sehingga 40% bagi set eksklusif raya Beauty of Joseon X Lilin+Co pada 1 April 2024 hingga 7 April […]

error: Content is protected !!