Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2024 @ 2:51pm

Elak Bakteria Bahaya, Anis Nabilah Kongsi Cara Betul Simpan Telur… Saran Peniaga Ambil Kurus Pengendalian Makanan

Cef selebriti, Anis Nabilah tampil memberi pendapat peribadinya mengenai isu keracunan makanan berpunca daripada bahan mentah telur sehingga meragut nyawa, sebelum ini.

Anis atau nama lengkapnya Anis Nabilah Umarruddin, 38 menyarankan setiap peniaga sama ada di restoran atau kantin sekolah untuk mengikui kurus pengendalian makanan.

“Mengenai kes keracunan akibat makan telur baru-baru ini, pertama sekali setiap pengendali makanan harus mengikuti kursus menjaga keselamatan dalam penyediaan dan pengendalian makanan.

“Perkara ini penting kerana keracunan boleh saja berlaku. Saya pun tidak tahu apa jadi, cuma telur mesti dimasak sepenuhnya dan tidak dinasihatkan untuk memakannya separuh masak,” katanya.

Anis berkata demikian ketika ditemui di pelancaran Illy coffee, Selasa lalu.

Selain itu, Anis turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tips cara penjagaan makanan yang dikongsikan di media sosial oleh individu tidak mempunyai kepakaran dalam hal tersebut.

“Ramai salah faham dan dalam media sosial pun pempengaruh ajar cara basuh telur. Cuci guna air dan kemudian mereka simpan dalam peti sejuk itu salah ya.

“Kulit telur berpori. Apabila cuci, akan ada zarah kecil yang memasuki telur sehingga menyebabkan tercemar.

“Yang kedua apabila pegang telur yang tidak dibersihkan seperti ada najis, kemudian kita pegang macam-macam benda pun boleh tercemar.

“Selain itu sesetengah negara memang akan sentiasa masak telur dengan sempurna supaya semua bakteria terhapus dan elak tercemar.

“Cuaca di negara kita pula panas. Saya nasihatkan untuk simpan telur dalam peti sejuk dan cuci sebelum masak,” tuturnya lagi.

Terdahulu, tular kes keracunan kanak-kanak meragut nyawa kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang remaja berusia 17 tahun selepas mengalami cirit-birit akibat makan bihun goreng dan telur mata dibawa pulang dari sebuah sekolah agama di Gombak.

Artikel Berkaitan: 14 Tahun Ceburi Bidang Kulinari, Kini Anis Nabilah Diangkat Asean’s Most Influential Chef!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Demi Anak-Anak, Fasha Mohon Maaf Kepada Nora

Hubungan anak-anak sangat rapat. Tak manis memperlihatkan kepada anak- anak yang kami bergaduh… damai merupakan jalan terbaik. Terbaiklah Fasha, semoga urusan pendamaian dipermudahkan!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Buat pertama kali, Jihan akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini!

Agama Thu, 27 Jun 2024

Kecoh Trend Childfree, Ini Pencerahan Pejabat Mufti

Jangan kecoh, ini pencerahan Mufti

Trending Tue, 14 Nov 2017

每年11月11日上午11点11分,阳光会揭开纪念碑隐藏的奥秘!(影片)

美国亚利桑那州为了纪念退伍军人,特设立了退伍军人纪念碑;然而,这五个纪念碑全年364天都处于“不完整”状态,只有在对的时机,才能揭开其中的奥秘。

Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Orang Paling Dekat Akan Rembat Laki Kita, Jaga-Jaga…” – Che Ta Usik Zain Saidin ‘Makan Beradab’ Dengan…

Alamak, harapnya Zain ok ja 🤣 10 years of marriage and still lovey dovey nah hampaa 🥰❤️

error: Content is protected !!