Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 11, 2021 @ 3:50pm

Elak Risiko Jangkitan Covid-19, Shuib Tangguh Hasrat Lawat Anak

Pelawak, penyanyi dan bekas penyampai Hot FM, Shuib dilaporkan terpaksa menangguhkan hasrat untuk melawat anak keempatnya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Berita ini turut dimaklumkan sendiri oleh pengurus Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Nana Mohammad Rom susulan, saranan yang diberikan oleh pengarah hospital berkenaan terutamanya dalam mengelakkan risiko jangkitan wabak berkenaan kepada bayi pramatang.

“Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya, pagi ini”

“Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang”

“”Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada,” katanya.

Terdahulu, Shuib berkongsi perasaan teruja beliau apabila dibenarkan melawat dan melihat Ayash Affan buat pertama kalinya ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : “Tolong Hormat & Jaga Sensitiviti Keluarga Shuib…” – Pengurus Mohon Berhenti Kongsi Gambar Bayi

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Oct 2020
Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Fri, 28 Oct 2022

“Nampak Ayu & Sopan, Teruskan Pakai Macam Ini” – Penampilan Baby Shima Berbaju Kurung Dipuji Netizen

Sering dihimpit kontroversi, penampilan terkini penyanyi dangdut Baby Shima yang memakai baju kurung menarik perhatian warganet. Dikongsikan menerusi hantaran terbaru akaun TikTok miliknya, kali ini Shima tidak menerima kritikan, sebaliknya dia mendapat pujian rata-rata peminat. […]

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

Hiburan Thu, 24 Nov 2022

“Itu Mak Iti! Mak Iti Buat Video!”- Gelagat Aafiyah Panggil Siti Nurhaliza ‘Mak Iti’ Curi Tumpuan Netizen

Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya. Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Kena Benam Dalam Kolam, Sophia Albarakbah Mengaku Tak Pandai Berenang

Sophia Albarakbah berkongsi babak paling mencabar yang dijayakan dalam drama bersiri Marina.

error: Content is protected !!