Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 29, 2024 @ 5:16pm

Enggan Ditemu Bual Lanjut, ‘Sidai’ Media 2 Jam… Putri Ariani Tak Profesional?

Penyanyi popular Indonesia, Puteri Ariani didakwa bersikap tidak profesional ketika hadir pada sidang media siri jelajah Walker World Tour 2024 yang berlangsung pada Rabu.

Hanya kerana diberikan peluang melontarkan tiga soalan, tindakan pengurusan penyanyi Indonesia itu  enggan menyambung semula sesi temu bual bersama media tempatan sekaligus mencetuskan tanda tanya.

Menurut wakil penganjur, bapa penyanyi yang popular menerusi program nyanyian America ‘s Got Talent (AGT) musim ke-18 itu tidak membenarkannya bertemu dengan media semula tanpa alasan kukuh.

“Maaf, bapanya baharu maklumkan Putri tak akan turun bertemu media untuk menyambung semula sesi temu bual yang tertangguh.

“Maaf juga media terpaksa tunggu hampir dua jam,”katanya.

Terdahulu, media tempatan hanya berpeluang bertanyakan cuma tiga soalan sahaja, bahkan Putri juga tidak menjawabnya dengan baik.

Namun, sesi temu bual itu terpaksa dihentikan selepas pengurusannya membawa penyanyi berusia 18 tahun itu keluar dewan atas alasan belum bersarapan.

Wakil penganjur bagaimanapun berjanji akan membawa Putri bertemu media semula bagi meneruskan sesi temu bual yang tertangguh berhubung konsertnya bersama Alan Walker yang bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Bagaimanapun, selepas menunggu hampir dua jam, pihak media kesal dengan tindakan tidak profesional yang diberikan Putri dan pihak pengurusannya.

Sekadar info, Putri memulakan kerjayanya dalam industri hiburan dengan mengikuti pertandingan pencarian bakat, Indonesia’s Got Talent musim kedua yang disiarkan di stesen televisyen SCTV pada 2014.

Kemudian pada tahun 2023, Putri menghadiri uji bakat pertandingan televisyen America’s Got Talent bagi musim ke-18 untuk minggu kedua.

Dalam uji bakat tersebut, dia membawakan lagu aslinya berjudul Loneliess sebagai penampilan pertama di pentas berskala besar itu.

Tuah juga menyebelahi Putri apabila Simon Cowell membuka peluang buatnya lagi untuk menyanyikan lagu berjudul Sorry Seems To Be The Hardest Word karya Elton John bagi penampilan keduanya.

Di akhir persembahannya, Putri berjaya mendapatkan golden buzzer daripada Simon dan secara automatik membuatnya layak ke pertandingan akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri Ariani (@arianinismaputri)

 

Kerjaya seni Putri bagaimanapun mencuri perhatian selepas Alan mempelawanya untuk berkolaborasi dalam lagu Who I Am  bersama-sama penyanyi, Peder Elias.

Selain Putri, Alan Walker juga tampil dengan beberapa lagi artis undangannya seperti Sofiloud, Vikkstar dan Tobi Packkalen bersempena siri jelajah Walker World Tour 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Trending Mon, 18 Jun 2018

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi…

Si ibu turut merayu agar orang ramai yang memiliki darah jenis O untuk datang menderma darah kerana mereka sekeluarga amat memerlukannya.

error: Content is protected !!