Hiburan By: SGMS Putri December 27, 2017 @ 4:58pm

Ayu Damit Seronok Bercucuk Tanam Cili

Lama rasanya tak nampak penyanyi yang pernah popular dengan lagu, Hanya Di Mercu muncul di kaca tv. Ramai menyangka, Ayu dah melupakan karier sebagai penyanyi walhal belum lagi tau!

Ayu yang ditemui di Majlis anjuran Qashmeera Bridal, Nilai sebentar tadi, memberitahu beliau masih menerima undangan nyanyian.

“ Alhamdulillah, undangan setiap minggu masih ada. Walaupun jarang dilihat di media cetak atau eletronik, rezeki dalam bidang ini masih ada,” katanya.

Melihat kemunculan ramai penyanyi baru dalam industri, Ayu sedar dirinya perlu mempersiapkan sesuatu untuk jaminan masa depan.

Terbaru, Ayu kini seronok mengusahakan tanaman cili di Hulu Langat yang turut dibantu suaminya.

“ Ramai yang tak tahu Ayu dah dua tahun berjinak-jinak dalam dunia penanaman cili. Di bawah syarikat Enigma Agrofarm, hasil cili yang ditanam dibekalkan untuk pasaran tempatan.

“ Memang tak menang tangan dibuatnya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya sendiri seronok dengan kerja ni,” kata Ayu dalam nada ceria.

Ayu juga sedang giat membuat persediaan untuk tampil dengan dua buah single tahun depan.

” Harapan saya agar single terbaru nanti diterima, semoga perniagaan cili dan kejayaan single terbaru saya nanti jalan seiring, Insha Allah,” akhiri ibu kepada Syed Nasrul Haikal, 8, Sharifal Alya Aryana, 5, dan Syed Aqif Najmi, 3,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Nov 2021
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

A-Lin黄丽玲602云顶开唱「用歌声传达正能量」

A-Lin黄丽玲去年火力全开,除了发表了睽违三年的个人专辑,更火速展开了全新巡演,而主办单位今日也确定巡演即将来到马来西亚!《I’m A-Lin》巡回演唱会 – 马来西亚站将在6月2日,晚上8点30分,云顶云星剧场正式引爆!

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Wed, 12 Jul 2023