Hiburan By: SGMS Faida June 9, 2019 @ 12:01pm

Raya Tanpa Nenek, Sissy Iman Lebih Sederhana

Penyanyi Sissy Iman mengaku sambutan lebaran kali ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelum ini.

Ini kerana Sissy baru sahaja kehilangan nenek tersayang pada Disember tahun lalu dan hari raya kali ini seharusnya disambut lebih sederhana.

“ Lain sikit rasanya Syawal kali ini. Raya tanpa nenek memang kami sekeluarga rasa kehilangan sangat.

“ Alhamdulillah biarpun sambutan serba sederhana, Sissy tetap bersyukur kerana diberi kesempatan beraya bersama kedua ibu-bapa dan adik beradik yang lain,” katanya kepada Xtra.

Selain itu, pelantun ‘Pesanan Ayahanda’ ini berkongsi sambutan raya sebagai selebriti juga banyak perbezaan berbanding sebelum dirinya dikenali.

“ Saya terima banyak hadiah dari peminat antaranya alat solek, baju, kuih raya dan macam-macam lagi. Syukur Alhamdulillah ramai yang ingat kepada saya.

“ Selepas enam tahun bergelar penyanyi namun nama saya baru mula dikenali pada tahun lepas.

“ Saya juga bersyukur dapat berkongsi sedikit rezeki bersama keluarga tercinta. Ada sedikit peruntukan duit raya untuk ibu-bapa tahun ini. Tak banyak, dalam linkungan ratus sahaja,” ujar Sissy.

Dalam perkembangan lain, Sissy yang juga merupakan komposer bakal sibuk menghasilkan beberapa buah lagu selepas perayaan Aidilfitri ini. Good Luck, Sissy!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

Featured Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

黄浚维授勋神山效忠星章!沙洲首华裔男歌手获殊荣

黄浚维授勋神山效忠星章,成为沙巴洲首位华裔男歌手获殊荣。

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

Acara Karpet Merah, Siapa Yang Lebih ‘Mantul’ Tahun Ini?

Wow, nice jugak busana artis-artis pada malam ni!