Hiburan By: SGMS Faida November 30, 2018 @ 4:54am

Tahniah! Anne Ngasri Timang Anak Kelima

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Cili Padi, Datin Anne Ngasri selamat melahirkan anak kelima, 6.44 petang semalam.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri melahirkan bayi perempuan secara normal seberat 3.22 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

“ Alhamdulillah Terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang keenam ini. Semoga kehadirannya menambah seri kepada keluarga kami.

“Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan kepada agama kita. Semoga membesar dan mentaati tuntutan Ilahi… Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagiaan. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018… Selamat datang,” katanya.

Anne mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz yang berusia lima tahun.

Melalui perkahwinan lalu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne yang juga penerbit, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits,12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Hafiz Hamidun Tegur Siapa Pula?

Artis mana pula yang kena tegur dengan Hafiz Hamidun

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Program Hip Terbaik Bakal Temui Penonton Pada 5 Mac Ini!

Kepada penonton yang terlepas mengikuti rancangan-rancangan menarik di ntv7, anda boleh menyaksikan program hebat ini menerusi portal video rasmi kami hanya tonton.com.my 

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Wany Hasrita Bintang Paling Popular 2018

Saya sendiri terkejut. Mungkin nervous tu tak begitu ketara tadi di atas pentas tetapi saya memang tak sangka. Syukur Alhamdulillah atas sokongan padu peminat, terima kasih…ini hadiah untuk mereka.

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Hiburan Mon, 24 Jul 2023

[VIDEO] Berkat Menang ABPBH 35, Ada Syarikat Nak Sponsor Bell Ngasri Kereta

Alhamdulillah, rezeki! Tahniah Bell! Yak Yak yey!!!

Featured Mon, 2 Aug 2021

Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak […]