Hiburan By: SGMS Fas April 6, 2018 @ 3:17am

Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Sejak berita mengenai  masalah kewangan yang dihadapi sehingga hampir diusir keluar dari rumah tular di laman sosial, penyanyi era 70an, Uji Rashid sentiasa diburu mata-mata ‘mak chik bawang’.

Malah baru sekarang  Uji sendiri yang tergolong dalam usia warga emas memahami dan belajar perkataan ‘mak chik bawang’ yang merupakan bahasa pasar digunakan generasi baru terkini.

Terbaharu, Uji Rashid menjadi tumpuan jiran tetangga ketika membuat lawatan ke rumah yang bakal didiaminya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Subang baru-baru ini.

Kehadiran Uji menjadi ‘bahan’ jiran-jiran mengambil fotonya secara rahsia ibarat lempar batu sorok tanganlah kerana bila ditanya semua tidak mengaku.

Mereka mungkin tidak mahu mengaku sedangkan ada bunyi ‘klik’ dari telefon mereka sebagai bukti mereka ada berbuat demikian. Mereka sanggup berbohong,” memetik kenyataan Uji kepada Harian Metro.

Maklum dengan situasi berkenaan, Uji mengakui sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan jiran ‘kepoci’.

Saya pernah merasai benda ini. Itulah sebabnya saya baru belajar perkataan ‘makcik bawang’, kata Uji yang ditemani sahabat baik merangkap pengurusnya,  Kit Rushaimin.

Pelantun lagu ‘Semakin Hari Semakin Rindu’ ini memohon netizen termasuk jiran tetangga memberikannya sedikit ruang privasi.

Menurut Uji, bukan niatnya mahu merahsiakan tarikh pindah rumah tetapi akan dimaklumkan bila waktunya menjadi kenyataan.

Pihak media pun belum dimaklumkan sedangkan jiran-jiran pula yang lebih mengetahui awal mengenai kehadirannya melawat rumah, jelas Uji Rashid hairan.

Kredit: Instagram Noh Omar.

Uji Rashid diberikan rumah PPR berkenaan  setelah permohonannya mendapat perhatian segera oleh Menteri Kesejahteraan Banda, Perumahan dan Keajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar. Kunci kediaman rumah itu telah pun diserahkan pada 19 Mac lalu dengan kadar sewa RM255 sebulan.

Moga kehadiran Uji Rashid di rumah baharunya nanti mendapat ketenangan dan tidak diganggu ‘makcik-makcik bawang’ ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Buat pertama kali, Jihan akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini!

Featured Thu, 27 Oct 2022

Terpesona Dengan Suasana KL Setiap Kali Tonton Laungan Azan Di TV, Kisah Hidup Atu ‘Lari Rumah’ Selepas 17 Tahun Di Kampung Jadi Inspirasi

Sebut saja nama pelawak Atu Zero, sudah pasti ramai yang mengenali dirinya oleh kerana perwatakan lucu dan gila-gila. Terbaharu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, berkongsi kisah lampaunya mengenai dirinya yang tidak […]

Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭