Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 18, 2019 @ 1:52pm

Ernie Zakri Hadiahkan Lagu Istimewa Buat Datuk

Biarpun telah lama bertapak dalam industri seni suara tempatan, penyanyi kecil bersuara hebat Ernie Zakri tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama dalam arena hiburan tempatan.

Setelah berjaya mencuri perhatian lewat karya-karya terdahulu bersama Syamel dan terbaru melalui lagu ‘Ku Bersuara’ yang berjaya menembusi senarai lagu-lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-34 yang akan datang, Ernie muncul dengan sebuah lagi buah tangan buat peminatnya yang berjudul ‘Gundah’.

Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan bekas pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke -33, Sharon Paul bersama Ernie sendiri. Baru – baru ini, beliau telah menerima Anugerah sebagai Asean Master Class Award in Emerging Performance Artist di Asean Outstanding Business Award 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Selain dari bidang nyanyian, Ernie juga sudah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan. Beliau menjadi salah seorang watak utama dalam sebuah drama yang berjudul ‘Suri Katriana’ dan kini beliau mula mendapat banyak tawaran untuk berlakon.

Menurut Ernie lagu ‘Gundah’ ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya).

Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik ‘Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku’ adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Lagu Gundah merupakan karya terbaru hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ‘Gundah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Gundah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

RUNNING MAN’S PRODUCER REVEALS HIS TRUE FEELINGS ABOUT CAST MEMBERS

Running Man is the hottest Korean reality TV show. All the cast members are truly loved around the world too! But have you ever wondered what the producer really thinks of them?

Featured Wed, 13 Nov 2024

Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

Jika wujud insiden buli oleh pelakon senior seperti yang didakwa pelakon baru itu, mereka boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Dalam bahasa mudah, kena cermin diri kita dulu dalam apa jua situasi 🙂‍↔️

Featured Tue, 25 Nov 2025

“Saya Nak Maafkan Atau Tak, Itu Rahsia Saya Dengan Allah” – Fazura

Fazura memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap kritikan dan kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Selebriti Fri, 8 Dec 2023
error: Content is protected !!