Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 9, 2025 @ 10:17am

Fairy Tales Come True! Wedding Showcase 2025 Tawar Pengalaman Ala Kisah Magis

Bagaikan melangkah masuk ke dunia dongeng, Wedding Showcase 2025 bertemakan “Fairy Tales” yang berlangsung pada 7 Disember lalu benar-benar menghidupkan nuansa perkahwinan fantasi yang sering menjadi impian ramai pasangan.

Seawal pintu dibuka di Matrade Hall, Kuala Lumpur, suasana yang dihias penuh magis membuatkan pengunjung terasa seperti menaiki kereta kuda menuju ke istana, bukannya ke sebuah dewan pameran biasa.

Dengan dekorasi berinspirasikan taman ajaib, pencahayaan lembut bak adegan filem romantik dan latar muzik yang sengaja dipilih untuk membangkitkan ‘feel’ fairytale, acara yang bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang itu mencipta pengalaman unik untuk semua yang hadir.

Ramai bakal pengantin dilihat teruja mencari ilham baharu untuk menjadikan hari bahagia mereka tampil lebih epik dan penuh karakter.

Penganjuran oleh S Creative Solutions Event & Entertainment bersama Sidah Catering Services M Sdn Bhd itu bukan sekadar pameran vendor perkahwinan, tetapi sebuah festival mini yang menghimpunkan idea, kreativiti dan inspirasi dalam satu ruang. Setiap sudut dipenuhi vendor yang menawarkan pelbagai pakej supaya pasangan boleh merancang majlis impian tanpa pening mencari penyedia berbeza di luar.

Sepanjang showcase berlangsung, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti eksklusif yang menambah kemeriahan, termasuk 360° camera experience, peragaan fesyen pengantin, touch up solekan percuma, persembahan band dan tarian, pertunjukan cahaya serta tutorial solekan secara langsung. Sambil menikmati aktiviti yang ada, orang ramai turut dijamu dengan popcorn, aiskrim, apam balik dan sesi food tasting yang membuatkan suasana lebih santai dan mesra.

Antara jenama dan rakan kolaborasi yang turut memeriahkan acara ialah Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avenue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, KUHOT, Senada Tari dan banyak lagi. Kolaborasi yang pelbagai ini memastikan pengunjung mendapat gambaran lengkap tentang apa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah majlis yang penuh gaya.

Apa yang menjadikan Wedding Showcase 2025 lebih istimewa ialah tawaran hebat yang diberikan kepada pengunjung. Penganjur menawarkan diskaun sehingga RM10,000, pilihan “Book Now, Pay Later” dengan deposit serendah RM1,000 serta peluang memenangi pakej percutian bulan madu 3H2M ke Bali.

Lucky Spin pula menambah elemen kejutan dengan hadiah seperti barangan elektrik Russell Taylors dan ganjaran menarik lain.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Mohd Adam Mohd Anuar, Pengarah Urusan Sidah Group tepat jam 12 tengah hari. Turut hadir ialah Siti Hajar Mohd Anuar selaku Ketua Pegawai Operasi Sidah Group.

Acara kemudian diteruskan dengan sidang media pada jam 1.30 petang bagi berkongsi objektif dan misi penganjuran showcase kali ini.

Secara keseluruhan, Wedding Showcase 2025 bukan sekadar menawarkan dekorasi cantik atau busana pengantin terkini, tetapi sebuah pengalaman lengkap untuk bakal pengantin mendapatkan inspirasi, pakej istimewa dan konsultasi secara percuma.

Kejayaan acara ini jelas menunjukkan minat tinggi masyarakat terhadap majlis perkahwinan yang lebih kreatif, moden dan direka mengikut tema impian masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Acara Thu, 30 Apr 2020

Telekung Siti Khadijah lancar sejadah SK X AMRU

Saiz mini tarik perhatian untuk dimiliki

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Fri, 1 Apr 2022
Acara Sat, 31 Aug 2019

Bazar Merdeka Habib tawar potongan 80 peratus!

Cepat rebut peluang miliki barang kemas istimewa Merdeka

Acara Thu, 12 Dec 2019
error: Content is protected !!