Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin November 12, 2018 @ 5:06pm

Watak Polis Dalam 7ujuh Bukan Tempelan – Faizal Hussein

Kalau ditanya kepada pelakon yang boleh dianggap sebagai pelakon legend dalam filem mahupun drama, Faizal Hussien menyifatkan beliau sangat gembira membawakan watak sebagai seorang Polis dalam filem Tujuh, terbitan Primeworks Studios.

Menurut Faizal Hussien, 51, walaupun watak dalam filem Tujuh, scene yang dilakonkan agak sedikit jika dibandingkan dengan watak dari filem dan drama lakonan beliau sebelum ini, tetapi beliau sangat berbesar hati dan teruja dengan watak yang diberikan. 

”  Sebenarnya saya memang seronok memegang watak dalam filem ni, walaupun dia sedikit dan ini adalah watak penampilan khas, tapi dia adalah watak polis yang pertama. Especially cerita ni dipersembahkan dalam era tahun 70-an, saya lagi teruja lah nak buat dan ini juga projek Raja Mukhriz sebagai pengarah filem yang pertama.” katanya

Sumber : Instagram @faizalhussienofficial

Namun, bila ditanya mengenai wataknya dalam filem Tujuh yang dianggap sedikit loose kerana tidak begitu menyerlah, Faizal Hussien menganggap itu adalah kerana permintaan pengarah sendiri.

” Dia loose kerana memang dikehendaki oleh pengarah, pasal itu adalah zaman hippies dimana, zaman itu rambut polis pun panjang sikit, kemudian  cara dia pun macam rough sikit dan watak ini sebenarnya out of the box.” Tambahnya.

Sumber : Instagram @faizalhussienofficial

Ketika ditanya mengenai perasaan menjalani penggambaran filem seram, Faizal bagaimanapun mengakui tidak diganggu sedikit pun oleh makhluk halus seperti yang biasa dialami oleh pelakon-pelakon lain kerana menurut pelakon yang popular menerusi drama Gila-Gila Remaja ini, niat adalah penting dalam melakukan setiap perkara.

” Alhamdulillah, saya tak pernah pula terserempak atau encounter dengan benda-benda yang tak diingini. Sebenarnya pada saya, saya dah berlakon di lokasi yang lebih teruk daripada filem Tujuh ni, tapi itupun takde masalah jugak. Sebenarnya pada saya,  yang penting adalah nawaitu seseorang pelakon tu, kalau dia datang situ untuk mencari rezeki insyaallah.. tapi kalau dia datang situ nak enjoy, mungkin dia akan berjumpa.” Jelasnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Penampilan S*ksi & ‘Bertatu’ Dalam Foto Cover Single ‘Pernah Mati-Matian’, Syafeek Ikhwan Undang Kontroversi

Visual promosi lagu baharu Syafeek Ikhwan tanpa berbaju, bertatu dan dalam tab mandi mencetuskan kontroversi.

Hiburan Tue, 9 Sep 2025
Featured Sat, 22 Oct 2022
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Jangan Lupa Tuntut E-Tunai Mulai Hari Ini

KIRA-kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab, dan Boost mulai 8 pagi hari ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng […]

Hiburan Wed, 14 Dec 2022
Featured Wed, 19 Feb 2025

Simple, Klasik & Moden… Baju Nikah Dipuji Cantik, Siti Saleha Dedah Ia Hasil Rekaan Suaminya

Rekaan tersebut mengambil inspirasi dari jenama milik perniagaan Joshua iaitu Atelier  Fritton.

error: Content is protected !!