Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 3:20pm

Famili Duo 4: Kadang-Kadang Tersasul & Gugup, Sharif Zero Masih Belajar Jadi Pengacara… Jadikan Kritikan Pembakar Semangat

Bergandingan dengan pelakon Janna Nick mengemudi program Famili Duo 4 (FD4), pelawak Sharif Zero masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi pengacara yang baik.

Tersasul dan gugup atas pentas, Sharif terus optimis untuk terus berusaha memberikan yang terbaik ketika mengendalikan program FD4.

“Tersasul atau ‘fumble’ dalam mengacarakan program adalah perkara biasa dan ditambah lagi dengan perasaan gugup.

“Mungkin di luar sana ramai yang tidak tahu, saya mungkin sudah beberapa tahun melawak, tapi dalam pengacaraan, saya masih baharu.

“Apabila menerima input itu secara tiba-tiba ketika sedang berada di atas pentas, perkara sebegitu membuat saya berasa gugup.

“Pada saya benda itu perkara biasa. Kalau ditanya kepada mana-mana pengacara apabila mereka mendapat maklumat penting, mereka akan terkial-kial untuk mencari kata yang sesuai untuk diucapkan.

“Lagipun saya ini pelawak, jadi bagi saya itu tersasul perkara biasa dan ia adalah proses belajar,” katanya kepada XTRA.

Sharif ditemui usai konsert minggu kedua FD4 di Studio Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Enggan mengambil hati terhadap kritikan yang diberikan, Sharif menjadikan perkara terbabit sebagai pembakar semangat.

“Bermulanya FD4 pada minggu pertama lagi, saya sudah menerima banyak komen. Ada yang memberi semangat dan kecaman termasuk mengatakan saya tidak sesuai untuk jadi pengacara.

“Saya tidak peduli dengan komen itu kerana sudah lali dengan setiap kecaman netizen.
Kritikan mereka itu ibarat cubit, jentik pun tidak sakit sebab saya ini seorang yang kebal dengan kecaman.

“Biar apa mereka kata, saya akan buktikan yang saya boleh mengacara dengan lebih baik, Insya-Allah,” katanya lagi.

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru […]

#LaguXTRA Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Mon, 29 Dec 2025

Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Dr. Fie dakwa Nubhan tergamak buang barang peribadi miliknya tanpa pengetahuan

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar

Trending Wed, 24 Jan 2024
Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Fri, 1 Aug 2025

Impian Jadi Penyampai Radio Tak Kesampaian, Syed Saddiq Reda – “Trust Allah Plan”

“trust Allah plan, every setback builds a stronger man,”- Syed Saddiq

error: Content is protected !!